Thursday, August 24, 2006

1500 Novel Inggeris Sebulan

Sebuah rangkaian kedai buku elit mempamerkan antara 1200 hingga 1500 judul baru novel Inggeris setiap bulan. Ya, judul baru, setiap bulan!

Novel-novel itu diimpot dari UK, USA, Australia dan Kanada.

Bandingkan ini dengan 25 judul baru novel Melayu setiap bulan.


.

2 Komen :

At 10:53 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Namanya pun kan kedai "ELIT". Kedai yang dikhaskan untuk golongan elit. Mestilah orang-orang ini mahu baca buku 'mat salih'.
Serupa filem Gubra, dan lain-lain tu...khas untuk kumpulan elit Melayu. Jangan cakap Melayu, sebab tak 'kelas'! Orang Melayu kalau ada 'kelas', tak boleh baca buku Melayu, sebab buku Melayu adalah untuk orang kampung dan tak ada 'kelas'!
Orang-orang ini juga, kalau terpaksa cakap Melayu, kena ada slanga sikit, barulah kena!
Mentaliti orang-orang kita yang bangga dengan bahasa asing, dan bahasa sendiri dianak tirikan.
Masing-masing teringin hendak jadi 'mat salih', sebab itulah rambut pun diwarnakan. Kalau cari 'boyfriend' pula, biar bangsa asing.... sebab 'boyfriend' Melayu, tak kelaslah! Kecuali yang sudah berumur dan ada kumis tebal...(poketnya belum tahu!)
Mungkin jadi Melayu ini, begitu hina sekali bagi sesetengah orang. Tak boleh jadi elit, kalau adab Melayu diamalkan, apatah lagi membaca buku Melayu! Tak 'cool', dan tak ada 'kelas'. Yang peliknya, ada tu konon 'mat salih' sangat, bila cakap 'mat salih', siap...grammarnya tunggang-langgang! Hendak harapkan 'slanga' sahaja. Kalau tak percaya...tengoklah drama Melayu di TV, atau tontonlah filem Melayu yang dibikin oleh Melayu Elit!

 
At 4:45 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Malaysia ada 25 juta penduduk. 60% Melayu. Lebih 90% memang belajar B.Melayu untuk budak sekolah. Ramai yang boleh baca & faham B.Melayu.

Buku fiksyen B.Melayu sebulan keluar dalam kurang 20 tajuk. Yang bagus & dapat sambutan mungkin dalam 6 tajuk je.

Yang suka baca buku boleh baca 1 buku 2 hari. 2hari X 6 buku baru 12 hari. lagi 18 hari baca surat khabar. Rasanya macam tak cukup buku untuk dibaca.

tak tau lah kalau kira salah. sebab orang M'sia katanya baca 2 buku je setahun.

 

Post a Comment

<< Home