Lagi tentang Novel Cinta
Dalam suatu kajian rambang yang kita lakukan, seorang peminat tegar novel cinta membeli 53 buah novel yang ditulis oleh 28 pengarang, majoriti besar terbitan Alaf21 dan Creative.
Peminat ini seorang wanita bekerja berusia sekitar 35 tahun, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau membaca antara 1 - 2 buah novel cinta sebulan.
Beberapa perkara yang menarik untuk difikirkan oleh para penerbit:
(a) Dalam koleksi beliau tidak ada walau satu pun nama penulis bertaraf sasterawan. Adakah ini menunjukkan bahawa pembaca novel cinta adalah kelompok yang tidak berminat membaca sastera, kita tidak pasti. Pada masa ini sebuah penerbit novel cinta terkenal sudah mula melabur dalam penerbitan karya nama-nama sasterawan besar seperti Shahnon Ahmad dan Khatijah Hashim.
(b) Penulis yang novelnya paling banyak dibeli (koleksi lengkap) adalah Fauziah Ashari, Ramli Awang Murshid, Aina Emir, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem, Norhayati Berahim dan Anis Ayuni. Ini menunjukkan pembaca novel cinta berkenaan memilih nama penulis, bukan nama penerbit.
(c) Dalam almari koleksi beliau itu tidak terdapat buku-buku kategori lain, seperti buku motivasi, pembangunan diri ataupun buku-buku pengetahuan agama.
(d) Beliau membeli novel-novel cinta itu di kedai Mamak Jln. Tuanku Abd. Rahman, bukan di kedai buku elit seperti MPH dan Kinokuniya.
Perkara-perkara ini memberitahu banyak tentang sosiologi pembaca novel cinta tempatan dan ia perlu diambil kira dalam strategi pakejing dan pemasaran buku untuk kaum wanita.
.

3 Komen :
salam
mintak maaf kalau saya salah
tapi setahu saya
novel ramli awang murshid
bukan novel cinta
Betul, RAM penulis thriller popular.
Assalamualaikum, minta maaf Puan nak mencelah sedikit. Saya rasa novel cinta dan thriler diminati kerana dia memberi satu 'escapism' kepada pembacanya ke suatu dunia khayalan. Kalau 'stress' kerja dan jaga anak atau 'stress' belajar, cerita-cerita begini menghiburkan. Satu lagi mungkin pembacanya jenis yang suka duduk di rumah dan tidak suka bersosial atau lepak-lepak di luar dan mungkin juga bosan dengan siaran di TV.Kalau bahan jenis sastera tinggi mungkin terlalu berat untuk minda mereka. Namun saya bersyukur kerana PTS menerbitkan buku bahasa Melayu yang berkualiti untuk kanak-kanak, saya juga merancang untuk melabur beli buku PTS untuk anak saya.
Sekian
Nur, KL
Post a Comment
<< Home