Cover-devide
Kulit buku dan wajah buku adalah faktor yang amat penting apabila saudara menerbitkan buku yang dijual dalam kedai. Apabila bercakap tentang bagaimana cara menjual buku dalam kedai, salah satu isu yang dialami oleh penerbit buku adalah fenomena 'cover-devide' antara:
(a) Citarasa pembaca golongan kelas menengah dan kelas rendah.
Rangkaian kedai buku elit seperti MPH, KINOKUNIYA dan BORDERS dikunjungi oleh kelas menengah yang berpendapatan tinggi. Golongan ini tidak suka kulit buku yang menggunakan imej-imej tradisisonal dan warna-warna terang dan kilat. Buku-buku yang laju jualannya dalam kedai buku elit tidak berapa laku dalam kedai-kedai buku tradisional dan begitu pula sebaliknya.
(b) Citarasa pembaca lelaki dan pembaca perempuan.
Pembaca lelaki lebih suka kulit buku yang menggunakan seni tipografi, yakni seni khat huruf, manakala pembaca wanita suka kulit buku yang "cantik".
(c) Citarasa pembaca berpendidikan tinggi dan pendidikan rendah.
Golongan pendidikan tinggi suka kulit buku yang "bersih", yang menggunakan banyak warna putih, yang mirip desain buku-buku Amerika. Golongan pendidikan rendah mengatakan kulit seperti itu "cepat kotor".
(d) Citarasa pembaca berpendidikan Arab dan bukan Arab.
Golongan berpendidikan Arab dan bukan Arab memberi respons yang berbeza kepada motif keArab-Araban (Arabesque) pada kulit buku-buku agama. Mereka yang bukan berpendidikan Arab tidak suka kepada gambar-gambar unta, pohon kurma, kubah masjid, serban dan seumpamanya.
Cover-devide ini menyebabkan penerbit terpaksa membuat pilihan, kumpulan mana yang menjadi target sesuatu kulit buku itu.
Sebagai contoh, desain kulit buku-buku novel remaja PTS ditujukan kepada remaja urban yang masuk ke dalam kedai-kedai MPH, KINOKUNIYA, BORDERS, POPULAR dan seumpamanya. Ini menyebabkan jualan buku-buku itu dalam kedai-kedai buku tradisional (kedai Mamak) dan di bandar-bandar kecil tidak laju.
.

2 Komen :
Assalamualaikum semua..
Saya pernah menghantar e-mail kepada PTS sebelum ini mengenai "cover buku PTS yang kurang menarik" dan harga buku keluaran PTS yang dikatakan agak mahal. E-mail itu pun ada disiarkan dalam web PTS.
Memetik kata Puan Ainon, "desain kulit buku-buku novel remaja PTS ditujukan kepada remaja urban", maka soalan saya ialah bagaimana dengan pembaca di bandar-bandar 'kecil'?.
Saya mempunyai kedai buku di Kemaman, Terengganu. Buku-buku PTS Alhamdulillah ada juga yang bergerak "laju", misalnya buku-buku berkaitan dengan motivasi, MLM, pengurusan dan buku-buku kanak-kanak/komik "Siri Ibadah". Tapi bila saya letak buku-buku remaja, teramatlah slowww sehingga saya takut untuk menempah buku sebegini dari Fajar, supplier saya. Yang membeli buku-buku remaja ini cumalah Cikgu Perpustakaan --- untuk diletakkan di sekolah... tetapi saya tidak pasti sama ada pelejar-pelajar itu akan membacanya.
Bagi saya, designer mesti memikirkan cover yang sesuai untuk "semua golongan". Mungkin sukar, tetapi tidak mustahil. Ada seorang penulis novel yang dulunya menulis untuk Alaf21, tetapi kini menerbitkan novelnya sendiri. Komen dari pelanggan saya cover novelnya yang terbaru tidak menarik...dan apabila dipamerkan sebaris dengan novel-novel Alaf 21 yang lain, terasa "kekurangannya". Saya menulis e-mail kepada penerbit berkenaan, tetapi jawapannya, "...kami lebih mementingkan isi kandungan...". Betul,isi lebih penting, tetapi saya percaya saya akan dapat lebih banyak untung dari jualan novel berkenaan jika covernya diperbaiki lagi.
Akan bersambung...
Saifuddin
saifuddin.primams@gmail.com
Ok, sambung lagi..
Terima kasih kepada Puan Ainon kerana sudi "membaca dan mengambil sedikit tindakan" kepada komen saya di atas..
Seterusnya saya ingin mengulas mengenai "finishing" buku. Kebanyakan buku di negara kita mempunyai finishing seperti berikut:
a) Gloss lamination
b) Matt lamination
c) Fully Varnish
Kemudian, dinaik tarafkan sedikit dengan stamping, embossing atau debossing.
Matt lamination setahu saya lebih mahal dari gloss lamination walaupun ia nampak lebih 'professional'. Varnish pula akan mudah tercalar jika tidak diuruskan dengan baik. Bila buku tercalar, pembeli tidak akan membelinya kerana dianggap buku 'reject'.
Satu perkara yang saya rasa jarang penerbit buku di Malaysia gunakan ialah "uv finishing". Kosnya lebih murah dari lamination, kesannya agak menarik kerana ia berkilat dan boleh juga dibuat spot uv. Spot uv maknanya kita boleh uv pada sesetengah bahagian cover itu. Saya percaya PTS sudah memulakan perkara ini, tetapi tidak sepenuhnya. Saya rasa buku "Sekudus Nur Ilahi" terbitan PTS membuat 'spot uv on matt laminated surface' (betulkan saya jika salah..). Nampak canggih bila ilustrasi 2 gadis pada cover berkenaan agak 'menyerlah'. Inilah spot uv..
Ketika saya bekerja di sebuah syarikat percetakan di Johor Bahru dulu, uv finishing sering digunakan oleh penerbit-penerbit buku Amerika Syarikat terutamanya untuk buku kanak-kanak (children books, especially board book series). Ini adalah kerana kata mereka lamination boleh menyebabkan kanak-kanak 'tercekik' jika lamination film itu 'peel off'. Cuma keburukan uv ialah ianya mungkin 'scratch' jika "curing time" nya belum cukup ataupun mesin yang digunakan untuk uv itu tidak cukup baik.
Sekian dari saya. Maaf, kerana mencampur adukkan bahasa.
Saifuddin.
Prima MS Enterprise (Kedai Buku & Alat Tulis)
Kemaman, Terengganu.
saifuddin.primams@gmail.com
Post a Comment
<< Home