Bahasa Inggeris: Malaysia Meniru Benua India
Bank Dunia sudah menerbitkan laporan 2005 ranking pendapatan per kapita.
10 negara per kapita teratas:
Luxembourg (1)
Norway (2)
Switzerland (3)
USA (4)
Denmark (5)
Iceland (6)
Japan (7)
Sweden (8)
Republic of Ireland (9)
United Kingdom (10)
Malaysia (55)
Thailand (78)
Indonesia (111)
Di manakah kedudukan negara-negara Asia yang menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik?
Filipina (110)
Sri Langka (117)
India (129)
Bangladesh (140)
Pakistan (172)
Statistik ini dilaporkan oleh Bank Dunia. Jadi Malaysia saat ini sedang menggunakan model sistem pendidikan yang kita pinjam dari negara-negara yang prestasinya lebih buruk daripada prestasi Malaysia sendiri.
Pandai! Pandai!
.
.
4 Komen :
Russia, Germany, France, China dan Jepun maju sebab mata pelajaran Matematik & Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris?
Peruntukan habis dan tak cukup, matlamat tak capai...
Maju bermula dengan sikap. Bukan bahasa...
Masalah yang sejak dulu tidak berjaya dan upaya diselesaikan ialah 'penterjemahan'. Lihatlah buku-buku bahasa kebangsaan di universiti masih tidak dapat mengatasi nisbahnya dengan buku bahasa Inggeris. Sampai bila begini... Negara kita begitu tidak menyerlah dalam bidang ini. Pada hal dalam membina tamadun fungsi terjemahan amat tidak wajar diperkecilkan. Perkasakan terjemahan. Barulah rakyat tidak terhegeh-hegeh dengan bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Hinggakan bahasa kebangsaan bagaikan ditohok begitu saja. Inikah dikatakan bangsa bermaruah, merosakkan bangsa adala... Ini yang sebenarnya patut disedari oleh rakyat. Institut Terjemahan Negara boleh dikatakan 'tidak boleh diharap' buat masa ini. Manakala yang lain-lain tidak pula ketara jasanya. Maka rakyat dan negara menerima 'hasilnya'.
Jangan harapkan ITNM sahaja membuat buku-buku terjemahan.Negara yang demokratik perlu bertanding dalam menterjahkan buku-buku dengan dilakukan oleh penerbit yang berminat membuat terjemahan segera demi melawan arus PPSMI.
Dah puas bercakap dengan lembut dan berhemah tentang PPSMI dan BM ni. Naik muak dengan penipuan tarikh yang semakin mengundur. Nak cakap dengan bahasa yang macammana lagi untuk bagi pemimpin negara faham.
Cakap dengan babi pun babi boleh faham. Inikan pula cakap dengan manusia.
Post a Comment
<< Home