Buka Akaun
Para penerbit menggunakan istilah 'membuka akaun' dengan maksud 'mempunyai urusan perniagaan'.
Kalau saudara seorang penerbit, saudara perlu dapat membuka akaun dengan kedai-kedai buku. Kedai buku setuju menerima buku-buku terbitan saudara bagi dijual di dalam kedainya.
Selama berpuluh-puluh tahun kedai-kedai buku besar tidak mahu membuka akaun dengan penerbit-penerbit buku Melayu, itulah sebabnya buku-buku Melayu hanya dijual oleh kedai-kedai yang menjadi agen Dewan Bahasa dan Pustaka dan kedai-kedai Mamak.
Sekarang zaman sudah berubah. Rangkaian kedai-kedai buku besar sudah mempamerkan bukan hanya buku-buku Melayu terbitan Malaysia, malah terbitan Indonesia juga, disebabkan permintaan bagi buku-buku Melayu amat tinggi.
Adakah saudara terfikir hendak menerbitkan buku saudara sendiri?
Rangkaian kedai-kedai besar tidak berminat berurusan dengan penerbit-penerbit kecil. Sebelum saudara dapat membuka akaun dengan rangkaian-rangkaian itu, mereka akan meminta saudara menunjukkan katalog buku-buku saudara, suatu item yang tentu penerbit kecil tidak punya.
Rangkaian kedai besar tidak mahu berurusan dengan penerbit kecil disebabkan faktor-faktor berikut:
Penerbit kecil tidak berupaya memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti. Sebagai penerbit kecil saudara tidak mampu menyediakan pasukan jurujual yang dapat menservis kedai-kedai buku dengan cepat.
Penerbit kecil tidak mampu memberikan diskaun sehingga 45% kepada rangkaian kedai-kedai besar.
Mutu buku-buku yang lazimnya diterbitkan oleh penerbit kecil tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh rangkaian itu.
Faktor-faktor di atas menyebabkan penulis-penulis yang menerbitkan karya mereka dengan penerbit-penerbit kecil menghadapi risiko jualan buku-buku mereka tidak laris.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home