Buku Melayu Compang-Camping
Sejak penubuhannya, Dewan Bahasa dan Pustaka masih belum berjaya memasarkan buku-buku terbitannya dengan berkesan.
Kata pegawai DBP, “Orang tak beli buku Melayu.” Mereka menyalahkan pembeli.
En. Jaafar Taib pernah berkata, “Bagaimana buku Melayu nak laku, kulit bukunya pun compang-camping.” Itu adalah penilaian seorang pelukis.Beliau berkata begitu di sebuah seminar penerbitan buku di PWTC sempena Pesta Buku Kuala Lumpur 2000.
En. Jaafar Taib adalah pengerusi penerbit Creative Enterprise. Jasa beliau kepada dunia sastera adalah luar biasa.
Beliau secara berseorangan sahaja, telah membuktikan bahawa karya sastera Melayu tidak berdosa, dan pembeli buku-buku Melayu tidak berdosa jika buku-buku Melayu tidak dibeli orang. Yang berdosa adalah penerbit buku-buku Melayu, yang menjalankan tugas-tugas mereka tanpa 'passion', tanpa menggunakan jiwa raga mereka. Kulit buku-buku DBP sehingga hari ini masih compang-camping. Jika gaji pegawai-pegawai DBP tidak dibayar menggunakan dana kerajaan, sebaliknya dibayar dengan wang daripada hasil jualan buku-buku terbitannya, sudah lama mereka tidak menerima gaji.
1 Komen :
Jika di depan saya ada 10 buah buku dalam tajuk yang saya cari, saya akan sentuh buku yang covernya menarik terlebih dahulu.
Tapi tak bermakna, itu yang akan saya beli. Cuma ia akan masuk dalam finalis buku pilihan.
Kenapa?
Mungkin semua 10 buku tersebut menepati kehendak saya. Jadi, yang mana yang saya akan pilih?
1. cover menarik
2. kualiti buku baik
3. harga berpatutan (berpatutan tak bermakna saya akan pilih yang murah tapi tak berkualiti!)
Post a Comment
<< Home