Formula Menetapkan Harga Jualan Buku
Apabila saudara menerbitkan buku, bagaimanakah formula menetapkan harga jualan buku saudara? Jikalau formula yang saudara gunakan itu salah, saudara boleh rugi. Kos yang wajib saudara ingat adalah seperti berikut:
Para pengedar menerima potongan 45%. Ada pengedar mahukan lebih daripada ini.
Kos mencetak adalah 25%.
Kos pengurusan: pengangkutan, penstoran, penjualan, buku rosak, promosi, dan editorial adalah 15%.
Royalti untuk penulis adalah 10% daripada harga jualan buku.
Margin keuntungan untuk penerbit adalah 5% ataupun lebih, bergantung kepada berapa harga jualan buku dan diskaun yang diberikan kepada pengedar.
Formula yang paling asas bagi menetapkan harga jualan adalah begini: Katakanlah kos mencetak buku saudara itu adalah RM3, dan saudara mencetak 3 ribu naskhah, harga jualannya adalah RM3 darab 4 = RM12.
Formula 3 X 4 ini adalah bagi buku tradebook, yakni buku-buku bacaan am yang dijual dalam kedai buku.
Formula 3 X 4 ini tidak boleh digunakan bagi buku-buku teks dan buku bacaan kanak-kanak sebab buku-buku itu mesti dijual pada harga yang lebih murah. Bukan semua ibu bapa mempunyai pendapatan tinggi, itulah sebabnya buku-buku yang dibaca oleh kanak-kanak mesti murah.
Buku-buku yang dibeli oleh remaja juga tidak boleh menggunakan formula 3 X 4 disebabkan remaja tidak mempunyai wang banyak, itulah sebabnya novel cinta remaja dijual pada harga murah.
Harga jualan bagi buku-buku yang diterbitkan khusus untuk dijual ke perpustakaan boleh dinaikkan kepada 3 X 5 ataupun lebih tinggi lagi disebabkan buku-buku itu dibeli menggunakan wang kerajaan ataupun syarikat.
3 Komen :
Hmm... pertama kali saya tahu tentangnya. Alhamdulillah universiti terbuka seperti ini begitu banyak membantu para penulis baru seperti saya ini. Terima kasih pada puan presiden yang sudi membimbing.
Sdr. Zalisa, terima kasih kerana membaca dan memanfaatkan blog ini. Memang itulah perjuangan universiti terbuka PTS, iaitu memberikan maklumat yang berguna kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi industri buku.
asm.wah margin pengedar agak tinggi juga (mungkin kerana buku bukan item mudah jual).Puan,biasanya terma yang digunakan bagaimana? "consignment" atau kredit tempoh masa tertentu?
Saya ingin tahu.
Post a Comment
<< Home