Buat Duit dengan Menulis Artikel
Buku Jeniri Amir “Buat Duit dengan Menulis” adalah buku pegangan bagi saudara yang hendak mencari duit dengan menulis artikel untuk majalah dan Akhbar.
Kita secara peribadi pernah membeli rumah dan membayar ansuran bulanan dengan menggunakan duit honorarium artikel-artikel yang disiarkan oleh majalah dan akhbar. Shaharom TM Sulaiman membeli kereta mewahnya dengan duit honorarium artikel-artikel beliau. Ada penulis dapat berkahwin dengan mengumpulkan duit honorarium sahaja. Ada yang pergi umrah dengan cara itu.
Dengan perkembangan pesat bidang majalah dan akhbar sekarang, semakin banyak bahan diperlukan oleh media massa negara kita. Rancangan jangka panjang Kumpulan Karangkraf bagi menerbitkan 200 buah majalah setiap bulan sudah cukup memberi gambaran sebanyak mana artikel yang dapat dibekalkan kepada majalah-majalah itu.
Apabila saudara hendak buat duit dengan menulis artikel, seperti menulis buku juga, saudara mesti memfokuskan bidang penulisan saudara. Katakanlah, saudara berminat menulis bahan-bahan agama, maka saudara tumpukan artikel-artikel saudara dalam bidang itu sahaja.
Banyak buku panduan menulis yang ada dalam pasaran menerangkan teori, teknik dan prinsip-prinsip bagaimana menulis dengan berkesan. Kelebihan buku Jeniri Amir adalah banyaknya contoh-contoh yang diberikan dalam buku itu. Bagi setiap teknik dan prinsip yang beliau terangkan, beliau menyertakan contoh-contohnya.
Jeniri mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan artikel dan buku. Beliau pernah menjadi ketua editor di akhbar Borneo Buletin. Kini beliau adalah pensyarah komunikasi massa di UNIMAS dan sedang menyiapkan tesis PhDnya di Universiti Malaya.
6 Komen :
assalamu`alaikum puan :)
doa saya agar puan sihat! amin..
Alaikomsalam. terima kasih atas doa sdri. Tulis buku apa sekarang?
Saya telah pun membeli buku Buat Duit dgn Menulis. Maklumatnya padat. Pun begitu, jika format tulisan ini ditukar kepada format buku teks (bukan buku teks KBSM tapi buku teks antarabangsa)lagi bagus. Lebih mudah pembaca mengikuti mesj yang yang hendak disampaikan dan sesuai untuk kegunaan Universiti.
Tok Rimau, nanti saya sampaikan pandangan sdr kpd En. Jeniri. Dah beli buku tu, ha! cepatlah tulis dan buatlah duit banyak2....
Saya sukalah logo tok rimau tu, tapi macam kucing pulak!
This comment has been removed by a blog administrator.
buku buat duit dengan menulis sudah pun menjadi buku koleksi sy ....maklumat yg dikemukan sangat2 padat dan ideal....sy rasa x rugi duit yg sy laburkan untuk membeli buku tersebut ...TQ
Post a Comment
<< Home