Sunday, April 30, 2006

IKIM dan Hakcipta Buku IKIM

Lesen penerbitan: 21 hari iddah dan rujuk


Apabila saudara memberikan lesen penerbitan kepada mana-mana penerbit, IKIM umpamanya, klausa begini mesti dimasukkan dalam dokumen perjanjian:


Jikalau dalam masa (21 hari) selepas tamat tempoh pelesenan, pengarang tidak ada apa-apa bantahan yang disampaikan secara bertulis, maka dengan sendirinya tempoh pelesenan itu disambung untuk tempoh (3) tahun lagi.”


Klausa di atas adalah AMAT PENTING kerana:

  1. Klausa itu menyebabkan pegawai-pegawai syarikat penerbit saudara memberikan layanan lebih sopan kepada saudara, sebab jika saudara tidak puas hati dengan layanan mereka, saudara tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik semua buku-buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain yang lebih sopan melayan saudara.

  2. Klausa itu menyebabkan penerbit saudara takut hendak menipu saudara dalam perkiraan royalti dan pembayaran royalti, sebab kalau saudara rasa ia menipu saudara, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain yang lebih pandai berniaga.

  3. Klausa itu menyebabkan penerbit saudara tidak boleh ambil lewa menjual buku saudara, sebab jika tidak laku, saudara tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain yang lebih pandai berniaga.

  4. Jika buku saudara diedit dengan cara-cara yang saudara tidak setuju, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.

  5. Pegawai-pegawai syarikat penerbit tidak boleh menzalimi saudara. Bukan tidak ada kes pegawai penerbit bergaduh dengan penulis, lalu dia sengaja tidak mahu mengulangcetak buku-buku penulis itu, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.

  6. Jika syarikat penerbit menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu mengulangcetak buku saudara, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.

  7. Jika syarikat penerbit itu dijual kepada orang lain, umpamanya ia jual kepada bangsa asing, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.

  8. Jika syarikat itu dibangkrapkan oleh pemiutang, dan harta-hartanya dilelong, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.


Klausa ini adalah baik kepada penerbit dan penulis. Dengan adanya klausa ini penerbit akan menjalankan bisnesnya dengan lebih teratur, sebab, kalau banyak perkara tidak betul, semua penulisnya akan lari!


Banyak penerbit Melayu bungkus sebab mereka tidak takut penulis lari, sebab mereka tahu walau apa kezaliman yang dilakukan ke atas penulis, hakcipta dan hak menerbitkan buku itu sudah menjadi milik penerbit. Ini menyebabkan pegawai-pegawai yang menguruskan syarikat itu melakukan banyak kesilapan dalam pengurusan bisnes. Kesilapan yang paling mudah dilakukan adalah bergaduh dengan penulis.


Tanda-tanda awal bisnes sesebuah syarikat penerbitan itu akan merosot adalah apabila penulis-penulisnya mula lari, lepas seorang, seorang. Faktor paling utama penulis lari adalah kerosakan pada hubungan baik antara penulis dengan pegawai-pegawai dalam syarikat itu dan hilangnya rasa kepercayaan. Apabila syarikat nazak, siapa lagi yang untung kalau bukan printer, kerana hutang penerbit yang paling besar adalah kepada printer-printernya.

********

Hak Penerbitan: Bercerai automatis


Apabila saudara melesenkan hak penerbitan karya saudara kepada penerbit, IKIM sebagai contoh, berapa tahunkah tempoh yang saudara telah berikan? Selagi ada bulan dan matahari?


Tempoh yang paling baik adalah antara 3 hingga 5 tahun sahaja. Jangan lebih!


Dalam masa 1 tahun penerbit sudah tahu sama ada buku itu laku ataupun tidak. Kalau buku itu masih berlambak dalam setor, maknanya buku itu tidak laris. Dalam masa 3 tahun penerbit sempat menjual lelong buku-buku yang tidak laku itu, dan cuba mendapatkan semula mana-mana modal yang masih dapat diselamatkan.


Apabila tempoh itu tamat, secara automatik, saudara dan penerbit saudara bercerai! Saudara mendapat semula hak penerbitan buku itu, dan saudara boleh lakukan apa sahaja kepada harta intelek saudara. Saudara tidak perlu menulis surat ataupun bergaduh-gaduh dengan penerbit saudara sebab saudara hendak menyerahkan buku saudara kepada penerbit lain.


Jika buku itu laku, tempoh itu boleh diperpanjangkan selama 3 tahun lagi, dan begitulah seterusnsya.


Buku saudara mungkin bagus, tetapi penerbit saudara yang tidak pandai menjual buku. Saudara boleh cari penerbit lain. Jika hak penerbitan buku itu sudah diserahkan buat selama-lamanya, apa lagi yang dapat saudara lakukan?


Cuba baca semula dokumen perjanjian yang saudara tandatangani. Ada ataupun tidak dituliskan bila tamat tempoh pelesenan hak penerbitan yang saudara berikan itu?


********


Hakcipta: Sudah jatuh, ditimpa tangga

Apakah implikasinya apabila penulis ataupun penterjemah memindahkan hakcipta karyanya kepada penerbit, waima penerbit milik kerajaan sekalipun?

  1. Sampai bila-bila, saudara sebagai penulis ataupun penterjemah tidak menerima apa-apa bayaran lagi.

  2. Jika syarikat penerbit itu tutup, saudara tidak dapat berbuat apa-apa. Katakanlah, besok lusa IKIM ditutup oleh kerajaan, saudara tidak dapat berbuat apa-apa. Jika buku saudara itu masih diminati ramai, dan ada penerbit lain yang berminat menerbitkan karya itu, saudara tidak berhak menyerahkan karya saudara kepada penerbit berkenaan. Dalam situasi begini hakcipta itu dimiliki oleh sebuah organisasi yang tidak beroperasi lagi. Saudara amat rugi, penerbit lain pun amat rugi, malah lebih rugi adalah masyarakat yang tidak dapat membeli dan membaca karya saudara itu. Ingatlah, kemungkinan kerajaan membuka dan kemudian menutup mana-mana kementerian, agensi ataupun jabatan bukanlah perkara yang jarang berlaku! Maka, hanya karyawan bodoh sahaja mahu menyerahkan hakcipta karyanya kepada agensi kerajaan.

  3. Jika syarikat penerbit itu dijual kepada orang lain, hakcipta itu menjadi harta sesiapa yang membeli syarikat itu. Katakanlah PTS dibeli oleh Karangkraf, maka semua hakcipta yang diserahkan kepada PTS menjadi milik Karangkraf sampai bila-bila. Jika PTS dibeli oleh penerbit besar dari luar negara yang dimiliki oleh Yahudi Amerika, maka karya saudara akan menjadi milik Yahudi Amerika itu!

  4. Syarikat itu boleh berbuat apa sahaja sekehendak hatinya ke atas karya saudara, dan saudara tidak dapat berbuat apa-apa.


Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said pernah ditawarkan oleh sebuah syarikat Singapura sebanyak 1.4 juta ringgit untuk semua hakcipta karyanya. Beliau menolak tawaran itu disebabkan beliau teringat suatu kes yang melibatkan salah sebuah novel Pearl S. Buck, pemenang Nobel Prize. Beliau telah menjual hakcipta salah sebuah novelnya dengan harga yang amat lumayan. Kemudian baru beliau sedar, hakcipta itu dibeli supaya novel yang mengkritik dasar-dasar luar Amerika itu tidak dapat diterbitkan lagi oleh mana-mana pihak!


*******


Cetak dan ulangcetak: Hak penulis

Adalah hak penulis diberitahu berapa jumlah cetakan pertama bukunya. Dan setiap kali buku diulangcetak, penulis hendaklah diberitahu jumlah cetakannya dan juga berapa harga jualannya, jika ada perubahan.


Kedua-dua hak ini hendaklah dituliskan dalam dokumen perjanjian penerbitan. Ini memudahkan proses tindakan mahkamah apabila penerbit ingkar memenuhi klausa berkenaan.


Banyak penerbit menipu penulis dengan berbagai cara, antaranya:

  1. Penerbit diam-diam mengulangcetak buku, langsung tidak memberitahu hal itu kepada penulis. Ini bagi mengelak daripada membayar honorarium ataupun royalti sama sekali. Adakah IKIM, secara sedar ataupun tidak, telah melakukan penipuan jenis ini kepada para penulis dan penterjemah buku-buku IKIM yang sedang dalam urusan diulangcetak dengan kerjasama MPH?

  2. Penerbit mencetak 5 ribu naskhah tetapi memberitahu penulis jumlah itu kononnya cuma 2 ribu naskhah. Dengan cara ini penerbit dapat menipu penulis tentang jumlah sebenar honorarium ataupun royalti yang perlu dibayar.

  3. Penerbit mengatakan buku itu tidak laku, tetapi buku itu diulangcetak berkali-kali dengan cara tidak menuliskan pada inprint buku akan maklumat ulangcetak itu. Setiap kali diulangcetak, yang tertulis tetap Cetakan Pertama 1999, umpamanya, padahal buku itu sudah 5 kali ulangcetak! Degan cara ini penerbit dapat lari daripada membayar honorarium ataupun royalti ulangcetak sama sekali.

  4. Buku itu diulangcetak dengan judul baru, supaya penulis tidak sedar bukunya itu diulangcetak. Dengan cara ini penerbit dapat lari daripada membayar honorarium ataupun royalti.

  5. Buku itu diedit dan ditokok tambah, kemudian dicetak semula dengan diberikan nama pengarang lain, di mana nama itu adalah nama rekaan semata-mata. Dengan cara ini penerbit dapat lari daripada membayar honorarium ataupun royalti.

  6. Penerbit diam-diam menaikkan harga jualan buku ulangcetak. Ini dilakukan dengan tidak mencetak harga jualan itu pada buku. Dengan cara ini penerbit dapat mengurangkan honorarium ataupun royalti penulis.


Penerbit yang tidak bersih etikanya mempunyai pelbagai cara membuat keuntungan dengan mengambil kesempatan atas kebodohan penulis.


*******


Hakcipta subsidiari: Si cerdik hanya dapat memakan si bodoh


Salah satu hakcipta subsidiari adalah hak menerbitkan semula cerita asal dalam bentuk skrip filem. Novel “Ranjau Sepanjang Jalan” oleh Shahnon Ahmad pernah difilemkan. Yang terbaru adalah novel “Main-main Cinta” oleh Meor Shariman.


Jangan serahkan hakcipta edisi skrip filem saudara kepada mana-mana penerbit buku. Umpamanya, jika buku saudara diterbitkan oleh IKIM, hakcipta edisi skrip filemnya jangan serahkan kepada IKIM. IKIM bukan penerbit filem, maka IKIM tidak akan memperdagangkan karya saudara ke pasaran industri filem, oleh itu saudara tidak akan mendapat royalti tambahan daripada usaha pemerdagangan seperti itu.


Begitu juga, jangan serahkan hakcipta edisi komik buku saudara kepada IKIM, kerana IKIM bukan penerbit buku-buku komik!


Apabila penulis tidak mempunyai pengetahuan tentang cara-cara yang betul menguruskan harta inteleknya, mereka melakukan banyak tindakan yang amat merugikan diri mereka sendiri.


Salah satu kebodohan penulis adalah menandatangani dokumen perjanjian penerbitan yang menyerahkan SEMUA 25 kategori hak-hak subsidiari karyanya kepada penerbit bukunya, buat SELAMA-LAMANYA!


Siapakah penulis yang paling teruk ditindas penerbit? Jawabnya, penulis muda yang baru pertama kali hendak menerbitkan karyanya. Sampai hari ini, amalan begini masih berleluasa.


Gosip mengatakan Faisal Tehrani adalah salah seorang yang pernah mengalami penindasan seperti itu. Hakcipta salah sebuah novel beliau dipaksa diserahkan kepada penerbit sebagai syarat jika beliau mahu novelnya diterbitkan. Siapakah penerbit itu? Jawabnya, sebuah penerbit novel yang amat terkenal pada masa ini.


*******


Lesen Hak Penerbitan: Jangan ajar si miskin mengail ikan, nanti dia cuma dapat makan ikan. Ajar si miskin berniaga ikan, nanti baru dia kaya....


Apabila saudara menghasilkan sebuah karya, saudara sudah mencipta suatu harta yang berpontensi menjadikan saudara seorang yang kaya. Hakcipta saudara adalah sesuatu yang perlu saudara perdagangkan, barulah dengan itu ia mencipta sumber-sumber kekayaan.


Katakanlah saudara adalah penterjemah “Perjalanan Ibnu Batutah”. Saudara dapat lakukan sebagaimana berikut:

  1. Serahkan hak menerbitkan edisi kulit keras-mewah sahaja kepada IKIM. Dan beri tempoh 3 tahun sahaja, sebab dalam masa 3 tahun itu dijangkakan IKIM mempunyai masa yang secukupnya membuat keuntungan daripada penjualan edisi kulit keras itu. Edisi kulit keras digemari oleh perpustakaan dan golongan berwang.

  2. Selepas tamat tempoh 3 tahun, saudara boleh serahkan hak menerbitkan edisi kulit lembut kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain. Kulit lembut akan dijual dengan harga lebih murah untuk pembeli individu.

  3. Selepas 3 tahun, saudara serahkan hak edisi ringkasan kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain.

  4. Serahkan hak edisi komik kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain.

  5. Serahkan edisi buku bergambar kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain.

Setiap kali saudara memberikan hak penerbitan karya saudara kepada mana-mana penerbit, nyatakan dengan jelas hak yang mana yang saudara lesenkan, dan untuk tempoh berapa lama.


*******

Malang Pak Kadok:

Hakcipta dan Hak Penerbitan adalah dua konsep yang mesti difahami oleh penulis, demi kebaikan penulis sendiri. Banyak penulis mengalami kerugian besar disebabkan mereka tidak memahami kedua-dua konsep ini.


Hakcipta dan Hak Penerbitan adalah dua hak yang berasingan. Majoriti penulis hanya faham secara kabur konsep 'hakcipta' sahaja. Malah ada Sasterawan Negara yang tidak faham wujudnya apa yang disebut 'hak penerbitan'. Akibatnya mereka menandatangani perjanjian penerbitan yang amat merugikan penulis.


Apabila saudara menulis buku, secara automatik hakcipta dan hak penerbitan buku itu adalah milik saudara. Sesiapa yang memiliki hakcipta karyanya, dia juga memiliki hak menerbitkan karya itu. Baik hakcipta mahupun hak penerbitan, kedua-dua boleh dipindahkan kepada pihak lain.


Jadi ada penulis yang memindahkan hakciptanya kepada penerbit. Sebagai contoh, novel Keris Mas “Saudagar Besar dari Kuala Lumpur” hakciptanya sudah dibeli oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi hakcipta karya itu sudah menjadi milik DBP. Hak Penerbitannya juga dimiliki oleh DBP.


Kalau besok lusa novel “Saudagar Besar dari Kuala Lumpur” itu diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun oleh sebuah penerbit Jepun, dan berjaya dijual 100 ribu naskhah di sana, semua royaltinya diambil oleh DBP. Hakcipta versi terjemahan itu dimiliki oleh pihak Jepun. Jika novel itu diterjemahkan ke dalam bahasa Hindi di India, hakcipta versi terjemahan itu dimiliki oleh pihak di India. Royaltinya diambil oleh DBP. Jikalau novel itu difilemkan, royaltinya pun 100% dikaut oleh DBP.


Jika saudara tidak mahu menjual hakcipta buku saudara kepada mana-mana penerbit, apakah yang mengizinkan sesebuah penerbit menerbitkan buku saudara?


Begini: Saudara hanya mengizinkan penerbit itu menerbitkan buku saudara sahaja. Jadi, kepada penerbit itu, saudara memberikan hak bagi menerbitkan, mencetak, menyimpan, mengedar dan menjual buku saudara. Sebagai imbalan, saudara akan dibayar sekian-sekian banyak royalti ataupun honorarium.


Isunya sekarang, berapa lama tempoh yang saudara benarkan si penerbit memegang hak menerbiktan buku saudara itu?


Cuba saudara baca balik klausa dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani dengan penerbit itu. Ada ataupun tidak dinyatakan tempoh hak penerbitan yang saudara berikan kepada penerbit itu - selama satu tahun, lima tahun, dua puluh tahun, ataupun 'selagi ada bulan dan matahari'?


Dalam tempoh hak penerbitan, walaupun hakcipta buku itu saudara punya, tetapi saudara tidak boleh menukar penerbit saudara. Katakanlah, penerbit saudara adalah IKIM. Berapa tahun saudara berikan IKIM memegang hak menerbitkan karya saudara?


Jikalau dalam dokumen perjanjian penerbitan dengan IKIM itu, tidak disebutkan had tempoh hak penerbitan itu, ini bermakna, saudara menyerahkan hak penerbitan buku saudara itu itu kepada IKIM sampai bila-bila! Ini umpama saudara membuat rumah, jadi rumah itu adalah milik saudara, tetapi saudara sudah memberikan hak menghuni rumah itu kepada orang lain sampai bila-bila.


Kasihan Pak Kadok, ayamnya menang, kampungnya tergadai....


*****

Berita terkini:

Kita mendengar, karya agung "Pengembaraan Ibnu Batutah" terjemahan Syed Nurul Aqla sedang dicetak oleh MPH Printing Sdn. Bhd. Ia dijadualkan siap cetak minggu hadapan. Selain itu ada 4 lagi tajuk IKIM lain juga akan diulangcetak oleh MPH dengan kerjasama IKIM. Hak pengedaran akan diambil oleh MPH Distributors Sdn. Bhd. yang akan mengedarkan buku-buku secara lebih meluas iaitu kepada semua kedai-kedai buku utama.

Apabila dihubungi, Syed Nurul Aqla memberitahu beliau belum dihubungi oleh IKIM berkenaan karya beliau itu.


*****

Untuk saudara yang baru menjadi pembaca blog ini, kita ulangsiar entri ini yang pernah disiarkan pada 21 Ogos 2005.


Apabila saudara menandatangani perjanjian penerbitan buku dengan syarikat penerbit saudara, berapa hak penerbitan buku itu yang saudara serahkan?


Ambil peringatan bahawa apabila saudara mengarang sebuah buku, saudara bukan lagi mencipta sebuah karya. Saudara sudah mencipta sebuah HARTA. Dalam sebuah karya terkandung banyak potensi eksploitasi harta intelek itu.


Apabila saudara membuka perbincangan dengan mana-mana penerbit tentang karya saudara, saudara sebenarnya sedang menjalankan urusniaga ke atas harta intelek saudara.


Walaupun hakcipta karya saudara itu masih saudara pegang, tetapi hak mengeksploitasi karya saudara itu adalah isu lain. Kepada siapakah saudara berikan lesen menerbitkan senarai hak-hak saudara seperti yang tersenarai di bawah?

  1. Hak menerbitkan edisi kulit keras.

  1. Hak menerbitkan edisi kulit lembut.

  1. Hak menerbitkan edisi paperback.

  1. Hak menerbitkan edisi ringkasan.

  2. Hak menerbitkan edisi bergambar.

  3. Hak menerbitkan edisi E-book.

  4. Hak menerbitkan edisi-edisi terjemahan, dan nyatakan dengan tepat ke dalam bahasa apa.

  5. Hak menerbitkan edisi komik.

  6. Hak menerbitkan edisi 'downloadable' melalui Internet.

  7. Hak menerbitkan edisi audio-book.

  8. Hak menerbitkan edisi braille.

  9. Hak menerbitkan edisi bersiri dalam akhbar ataupun majalah.

  1. Hak menerbitkan beberapa bab dalam Internet sebagai bahan promosi.

  1. Hak menerbitkan edisi buku digital dalam bentuk non-downloadable 'hand-held devices'.

  1. Hak menerbtikan edisi adaptasi menjadi skrip animasi.

  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip filem.

  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip siri televisyen.

  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip teater pentas.

  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi modul latihan.

  1. Hak menerbitkan cerita-cerita 'sequal' atau sambungan yang dihasilkan oleh pengarang lain.

  1. Hak mendaftarkan judul buku ataupun nama-nama watak, ataupun wajah watak-watak dalam buku bagi tujuan pemerdagangan.

  1. Hak menjadikan watak-watak dan jalan cerita sebagai computer games.

  2. Hak merchandising.

  3. Hak watak-watak dalam karya saudara dijadikan duta iklan barangan dan kempen komersial.

  4. Hak menerbitkan semula edisi asal mengikut wilayah pemasaran.


Jangan ambil ringan pengurusan Harta Intelek saudara. Pilih dan nyatakan dengan tepat hak penerbitan mana yang saudara lesenkan kepada sesuatu penerbit itu. DAN nyatakan dengan tepat tempoh lesen yang saudara serahkan itu.


Penerbit tentu mahu supaya saudara menyerahkan semua hak ke atas harta intelek saudara kepadanya dengan tempoh yang tiada hadnya. Tetapi saudara jangan terperangkap sehingga saudara menandatangani dokumen yang amat merugikan diri saudara sendiri disebabkan saudara tidak mahu ambil tahu tentang hak-hak saudara sebagai pengarang. Berurusanlah dengan penerbit yang mengamalkan etika bisnes yang baik sahaja. Baca nota kaki di bawah entri ini.


*****

Ini gosip yang semua penulis perlu ambil perhatian kerana ini ada kaitannya dengan harta intelek para penulis!


Seorang kakitangan sebuah syarikat guaman memberitahu, baru-baru ini ada seorang penulis yang bukunya diterbitkan oleh IKIM datang ke pejabatnya bagi mendapatkan nasihat undang-undang berkenaan hakcipta bukunya itu.


Menurutnya si penulis itu, beliau terdengar khabar angin yang mengatakan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sudah setuju menyerahkan semua buku-buku terbitan IKIM kepada Kumpulan MPH di mana MPH diberi hak menerbitkan semula dan mengedarkan buku-buku itu. Kononnya MPH akan membayar royalti kepada IKIM bagi setiap buku yang akan diterbitkannya itu.


Kebanyakan buku-buku IKIM adalah himpunan kertas kerja pelbagai seminar dan persidangan yang dianjurkannya.


Beberapa orang yang kertas kerjanya ataupun karya terjemahannya diterbitkan oleh IKIM memberitahu, mereka tidak pernah menandatangani sebarang dokumen perjanjian penerbitan dengan IKIM di mana mereka secara bertulis bersetuju memindahkan hakcipta mereka kepada IKIM. Mereka juga tidak ada menandatangani sebarang surat pelepasan hakcipta bagi kertas kerja yang mereka tulis itu.


Melainkan seseorang itu menandatangani surat ataupun dokumen yang dengan jelas menyatakan beliau bersetuju memindahkan hakcipta karyanya kepada IKIM, ini bererti IKIM tiada berhak menyerahkan karyanya itu kepada MPH dan MPH tiada berhak menerbitkan, mengedar dan menjual karyanya itu. Dalam kes ini MPH boleh jadi melakukan kesalahan menerbitkan dan menjual barang curi!


Walaupun IKIM mungkin telah membayar honorarium bagi kertas kerja, ataupun terjemahan, tetapi bayaran itu bukan semestinya bermakna si penulis telah bersetuju memindahkan ataupun melepaskan hakciptanya kepada IKIM. Jika khabar angin ini benar, tindakan IKIM menyerahkan harta yang bukan milik IKIM kepada pihak ketiga adalah menyalahi undang-undang harta intelek dan juga salah di sisi Islam.


IKIM boleh menyerahkan buku-buku itu kepada MPH, tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada setiap pengarang, penulis kertas kerja ataupun penterjemah yang berkenaan.


Kita berharap khabar angin ini tidak benar.


Nota terkini:

Menurut suatu sumber yang dapat dipercayai, gosip tentang deal antara IKIM dan MPH ini bukan khabar angin lagi. Filem-filem sebuah buku terbitan IKIM sudah diserahkan kepada pihak MPH awal minggu lalu!

Pengarang buku itu tidak pernah menandatangani sebarang dokumen pelepasan hakcipta ataupun perjanjian penerbitan dengan IKIM. Hingga saat nota ini ditulis, beliau masih belum dimaklumkan berkenaan deal itu.

Bayangkan jikalau IKIM secara tidak sedar telah bersetuju menyerahkan kepada MPH semua 25 hak-hak subsidiari pada karya itu buat selama-lamanya!

Alangkah untungnya MPH. Rezeki datang menggolek....




52 Komen :

At 11:31 AM, Blogger Zamri Mohamad Berkata ...

IKIM memainkan peranan besar dalam mengangkat intelektual tempatan melalui siri pembentangan kertas kerja yang bermutu.

Kita menyedari bahawa kertas-kertas kerja ini adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dibawa kepada masyarakat seberapa segera.

Tetapi jika ia dibuat sehingga menafikan hak penulis, ia akan beralih kepada persoalan besar terhadap intergriti IKIM dalam menjaga hak-hak penulis.

Keadaan ini akan mengakibatkan satu persepsi baru terhadap IKIM sebagai 'perompak intelek' oleh mereka dan akhirnya wujud jurang antara kedua-duanya.

Pengakhirannya, penulis kerugian kerana kehilangan badan yang mampu membawa idea-idea mereka ke tengah, IKIM kerugian kerana kehilangan sumber-sumber intelek yang amat diperlukan pada saat ini dan masyarakat rugi kerana tidak ada jawapan kepada setiap isu yang diutarakan hari ini.

Penulis-penulis kertas kerja tidak harus diam seandainya ia berlaku dan jelas terjual pula merata-rata tanpa sesen masuk ke poket mereka. Seandainya dalam dunia hiburan, artis sangat lantang menyuarakan hak mereka, mengapa tidak penulis?

IKIM perlu mengkaji semula tindakan mereka seandainya ia benar-benar berlaku, jangan samapai institusi ini digelar sebagai perompak cerdik pandai apabila ia bocor ke media massa dan orang ramai membacanya.

 
At 2:31 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum.
Saya juga berharap khabar angin ini tidak benar. Alangkah malunya jika Institut KEFAHAMAN ISLAM Malaysia boleh bertindak sebagai 'perompak' harta intelek. Biarlah rupa seindah nama. Saya sebagai penulis yang pernah melalui pengalaman seperti penulis tersebut sentiasa berharap perkara ini tidak akan berlaku kepada penulis lain. Hanya kesedaran dan kefahaman mengenai peri pentingnya menjaga harta intelek sahalah yang dapat menyelamatkan penulis dari ditindas. Semoga gossip ini tidak benar....

 
At 2:32 PM, Blogger Jong Berkata ...

Salam
Sesungguhnya saya juga berharap khabar angin ini tidak benar. Sesungguhnya kerja kreatif dan penat lelah penulis penyusun, penyunting dan penerjemah itu adalah harta mereka secara intelektual melainkanlah mereka telah mewakafkan ilmu dan kerja mereka itu sebagai amal. Penerbit atau sesiapa yang bertanggungjawab tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana ia satu amanah.
Dan amanah adalah satu persoalan yang sangat besar dalam Islam dan untuk semua yang mempunyai KEFAHAMAN ISLAM.Moga-moga hal ini tidak benar. Saya tinggalkan sdr2 untuk merenung sejenak sebuah hadis, buat tazkirah dan buat mengetuk hati kita semua:

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-¬Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
Allahu 'Alam

 
At 5:13 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Aslmkm, Sekiranya benarlah perkara sebegini berlaku, maka pada saya, ia adalah satu perkara yang amat malang bagi sebuah institusi yang mempunyai label 'ISLAM' di antara namanya(baca sebagai IKIM). Sebuah institusi yang seharusnya menjadi pelopor dalam menjaga hak dan kewajipan sebagai pihak penerbit dalam dunia penulisan dan pengkaryaan. Mungkin benar sepertimana yang dinyatakan oleh saudara eyman hykal itu. IKIM terlepas pandang. Dan elok sangatlah jika dipanjangkan secara terus kepada IKIM komen-komen itu. Kita juga tidak tahu sejauh mana dan ramai mana warga IKIM yang dapat mencapai dan mebaca blog ini. Harap-harapnya jangan adanya lagi alasan seperti 'terlepas pandang' pada masa-masa yang akan datang...

 
At 5:32 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Saya amat-amat berharap bahawa berita ini hanya satu khabar angin yang tidak benar .Ini kerana IKIM itu sendiri merupakan satu badan yang punyai integriti yang disegani malah di terajui oleh ulama' yang bukan calangan. Seorang Tokoh Maal Hijrah, kalau tidak salah saya. Sesuatu yang memalukan jika hal ini terbukti sesuatu yang benar.
Pedih dan derita menjadi penulis zaman-zaman yang mendera dahulu, seperti yang pernah di hadapi oleh saudari Aininaufal, malah saya sendiri, tidak seharusnya berlaku di zaman kini. Kita telah merdeka jauh dan harus lebih jauh bertindak sebagai satu bangsa yang bermartabat.
Saya berharapan yang besar agar persoalan ini dapat di tangani bukan sahaja dengan kebijaksanaan yang bermoral malah dengan akal budi yang mendidik.

 
At 9:45 PM, Blogger Unknown Berkata ...

pengetahuan tentang sesuatu perlulah mendalam untuk memperjuangkan sesuatu itu.

saya rasa rakyat malaysia masih beli kenal apa itu hakcipta intelek, lantas kurang arif dan faham untuk menghormati undang-undang itu.

 
At 9:52 PM, Blogger Zamri Mohamad Berkata ...

Seandainya perkara ini benar, pihak IKIM sewajarnya mendapatkan pandangan pihak guaman mereka sebelum menemui pihak MPH.

Penulis-penulis intelek tidak akan diam jika mereka sedar hak mereka dicabuli dan nilai harga diri mereka diperlakukan sedemikian rupa.

Boleh jadi ia akan membawa kepada satu tahap yang lebih serius dan berpanjangan. Lebih jauh lagi jika setiap seorang penulis yang merasakan mereka terkelompok dalam keadaan ini akan tampil ke hadapan dalam apa jua cara.

Walau apa pun terima kasih atas isu yang diketengahkan kerana secara tidak langsung ia membawa kepada satu keadaan bahawa para penulis hari ini lebih celik undang-undang dan bersedia untuk mengambil apa sahaja tindakan apabila maruah mereka dirobek.

Sebagaimana penulis baru, saya akui tidak tahu apa-apa tentang undang-undang hakcipta sehinggalah saya didedahkan sendiri tentang hak-hak saya melalui siri kursus yang diadakan. Bertitik tolak dari pendedahan ini, saya meyakini lebih ramai penulis muda dan lama harus disampaikan maklumat yang sama.

 
At 8:49 AM, Blogger Izza Hani Berkata ...

sy terpanggil utk membalas walaupun sy tak berhak utk membalas krn perkara ini sedang diputuskan oleh pihak terbabit. cuma sy harap jgn terlebih dahulu menghukum sehingga benar-benar didapati bersalah.

 
At 9:54 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Sila rujuk bolg saya ...

 
At 10:01 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

wah... saya yang ketinggalan. malang sekali kalau stesyen radio berkonsepkan Islam bersikap begitu. ke mana lagi hendak bergantung harap?

 
At 10:12 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Assalamualaikum,
Khabar angin bermaksud,berita yang belum pasti kebenarannya.

MUNGKIN...
Himpunan kertas kerja pelbagai seminar dan persidangan yang dianjurkan oleh IKIM tidak ditandatangani dalam bentuk dokumen perjanjian dari sudut penulisan dalam seminar dan persidangannya..

TETAPI..
Sebarang borang persetujuan penyertaan seminar dan persidangan ketika dihadiri telah ditandatangani penulis yang mana di borang tersebut ada menyatakan kebenaran oleh penulis kepada pihak IKIM untuk menggunakan penulisan itu dalam apa jenis penerbitan sekalipun.

ATAU...
Penulis telah dibayar honorarium ketika menyiapkan karya terjemahannya yang dianggap bayaran kontrak kerja yang disiapkan dalam tempoh tertentu. Penulis mungkin telah menandatangani persetujuan honorarium yang mana telah diselitkan penukaran hakcipta secara automatik kepada IKIM untuk diterbitkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun, tetapi telah terlepas pandang oleh penulis.

ATAU...
Pihak IKIM belum menghubungi penulis kerana hitam putih persetujuan dan bayaran yang diKONONkan pihak Kumpulan MPH belum ditandatangani kedua-dua belah pihak.

ATAU...
Ini merupakan satu ujian dari Allah s.w.t kepada penulis sebelum dikurniakan olehNYA rezeki yang melimpah -luah.

ATAU MUNGKIN TETAPI...
Ini adalah peluang kepada penulis meningkatkan keIMANan diri kerana SABAR itu separuh daripada IMAN..
"Separuh sahaja?"
"Ye!Separuh sahaja?"
"Kenapa separuh,yang separuh lagi di mana?"
"Tersembunyi! Jika penuh kamu tidak akan merasai nikmat hidup dalam pencarian memenuhinya."
"Bagaimana cara memenuhkannya?"
"Dengan menjalani ujian kehilangan hakcipta seperti yang ditempuhi ramai karyawan seperti yang kamu sedang lalui."
"Jadi,saya harus SABAR tempuh semua ini sedangkan mereka memenuhkan poket dengan wang ringgit hasil keringat orang lain?"
"Benar!Poket mereka penuh berisi wang ringgit hasil keringatmu dan orang lain tetapi poket di jiwamu penuh berisi keIMANan berkat keSABARan dalam menyusun langkah berhati-hati pada masa akan datang dan berkaryalah pada mereka yang tahu apa hak kamu dan ingat!! Kita sentiasa dilihat."
"Siapa yang melihat?"
"Pandang pohon itu..daunnya hijau merimbun bergoyang ditiup angin.."
"Maksudmu?"
"Yang menciptakan pohon dedaun hijau serta angin yang meniup ke arahnya.."
"Saya faham..kita dilihat DIA YANG SATU"
"Alhamdulillah,kamu mengerti...apa yang kita mahu sentiasa diuji,dan adakalanya kita terlena dari apa yang nyata di depan mata..Pejam matamu seketika..lihat melalui mata hati..tulislah apa yang kamu mahu,pilihlah siapa yang patut kamu halakan karyamu!"
"Mata hati saya tidak mengerti..."
"Pegang pesanan ini,sekali kita terlepas hakcipta...ingatlah kita sedang diuji! Terlepas lagi hakcipta kita berulang-ulang kali bermakna dada kita perlu diisi..."

 
At 11:05 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya mencadangkan agar IKIM berbincag secara profesional dan tidak melatah. Seharusnya IKIM perlu ttg hak2 yang ada pada penulis (penulis perlu tahu hak2 mereka pula, kalau tak, memanjang sajalah jadi 'sayur'). Mungkin molek sekiranya IKIM menghubungi semua penulis yang karya telah diserahkan kepada MPH untuk bertanyakan tentang persetujuan mrk ke atas karya2 yang hendak diterbitkan. Sekiranya mereka bersetuju, maka dokumen perjanjian hendaklah ditandatangai supaya ada 'binding liability' di antara kedua pihak. Dan pastinya kita mahukan 'win-win situation' dalam perkara perjanjian ini, eloklah berbincang dari diheret ke mahkamah. IKIM perlu menjaga reputasi mereka sbg sebuah institut yang menobatkan Islam sebagai agama yang syumul melalui penulisan dan siaran yang dipancarkan ke radio2 pendengar. Wuallahua'lam.

 
At 11:40 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

ALANGKAH AIBNYA KITA!

ALANGKAH AIBNYA...Jika angin yang bertiup itu, sarat bersamanya khabar yang amat cemar.
ALANGKAH AIBNYA... Jika mereka yang diperbebankan dengan amanah ilmu akhirnya tumpas diperlengahkan oleh dunia yang sedikit. Moga-moga angin perkhabaran itu tidak mengaibkan nusa dan bangsa.
TERUTAMANYA… ketika watan sedang mempersiapsiagakan warganya mendepani perubahan ilmu demi memperkasa nusantara Melayu.
Lantaran pula PRINSIP ISLAM HADHARI yang kupasbicarakan hari ini bertekad mempertaruhkan prinsip keempatnya -PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN - menjadi amalan masyarakat Malaysia.
MOGA-MOGA KHABAR ITU TIDAK BENAR…kerana seandainya demikian, maka hasrat pemimpin tertinggi negara seakan dinafikan signifikannya.

Moga-moga perkhabaran itu seluruhnya tidak benar dan tidak mungkin berlaku. KERANA JIKA IA BENAR, AIB SUNGGUH KITA... AIB YANG SUNGGUH-SUNGGUH!

 
At 8:41 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

MPH sebuah syarikat yang ternama dan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai.

Kita menghormati status elit MPH sepertimana kita menghormati Kinokuniya dan Borders.

Diharapkan MPH terus menjalankan bisnesnya dengan imejnya yang bersih dan kelihatan bersih.

Jika ada deal yang demikian dengan IKIM dan memang benar, diharapkan MPH dalam membuat decision making pada kali ini, mengumpul maklumat dan menyiasat latar belakang karya itu berkali-kali dan dengan teliti, agar dealnya dengan IKIM turut memberi manfaat kepada pihak-pihak yang amat berkaitan khususnya para karyawan, penulis dan penterjemah.

Menurut Hakcipta, jika pengedar menjual dan memperoleh keuntungannya, penulisnya juga memperoleh "share" atau bahagiannya daripada keuntungan tersebut.

Jika penerbit dan pengedar sentiasa mementingkan diri sahaja dan tidak mahu memberikan rights kepada penulis, akibatnya mudah "orang tidak mahu menulis lagi dengan penerbit tersebut".

Secara umumnya, ini tidak sihat untuk industri penerbitan negara kita.

Mungkin IKIM memiliki mekanisme ganjaran dan perlindungan yang bagus untuk para pengarang, penulis dan penterjemahnya. Kita harap ini dapat dijadikan pengetahuan umum. Mungkin seperti Radionya, penerbitan IKIM juga boleh mencapai status "Pilihan Utama".

 
At 10:38 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya juga terpanggil untuk memberikan respon dan pandangan berkaitan topik ini.

Dalam Islam konsep Mudharabah cukup jelas, kedua-dua pihak, iaitu pemberi modal dan orang yang mengusahakan akan sama-sama menikmati keuntungan yang diperoleh atau sebaliknya. Dalam hal deal IKIM dan MPH ini, saya berpendapat bahawa elok sekiranya pihak IKIM mengadakan perbincangan secara terbuka dengan pihak penulis/penterjemah karya untuk mencapai satu penyelesaian. Ini bertujuan supaya reputasi Ikim akan tetap harum dan dihormatai selaras dengan peranannya untuk menyebarkan pkefahaman Islam. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hakcipta penulis/penterjemah.

Saya sendiri membayangkan jika saya seorang penulis/penterjemah dan penerbit asal saya tidak memaklumkan pada saya bahawa mereka hendak pindahkan karya saya kepada pihak tertentu untuk diterbitkan, pastinya saya rasa amat sedih, marah dan kecewa. Sekurang-kurangnya perkara ini dimaklumkan terlebih dahulu dengan apa cara pun.

IKIM cukup prihatin dengan soal-soal hukum hakam, dan di IKIM sendiri terdapat SUDUT HUKUM yang membincangkan tentang segala hukum. Maka eloklah hal ini dibawa ke Sudut itu untuk diperincikan. Pada zaman dahulu penerbitan adalah amat sukar, di mana sesuatu karya disalin dengan menggunakan Nussakh (para penyalin) dan mereka ini mendapat ganjaran yang tinggi. Jika penyalin mendapat ganjaran hasil dari titik peluh mereka, apatah lagi para penulis/penterjemah?

Saya akhiri tulisan saya ini untuk renungan semua pihak,.

Sekian, Wassalam.

Pencinta buku.

 
At 10:50 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

2 tahun lepas IKIM pernah menganjur seminar Harta Intelek Dari Perspektif Islam. Hemm.. mereka patutnya buka balik kertas-kertas seminar tu dan praktikkannya.. sebelum integreti dan kredibiliti IKIM lebur...

 
At 12:36 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Assalamualaikum;

Saya adalah peminat setia radio IKIM, saya sering terdengar petikan terjemahan pengembaraan Ibnu Battuthah yang diterbitkan oleh IKIM. Tetapi saya tidak pernah terdengar nama penterjemahnya disebut, adakah tindakan ini wajar dari segi hukum dan undang-undang?

Saya minta pandangan blogger yang lain.

Sekian, terima kasih.

Peminat radio pilihan utama.

 
At 1:57 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saudara anonymous,

Saya juga musykil. Pernah juga persoalan ini diutarakan oleh rakan-rakan saya. Mereka tidak berpuas hati Radio IKIM hanya memberikan kredit kepada IKIM sahaja apabila kapsul Ibn Battutah yang lunak itu meresap dalam telinga kita.

Adakah IKIM.fm melupakan penterjemah Ibn Battutah dengan sengaja atau terlepas pandang? Atau penterjemah yang khabarnya dalam media massa bertungkus lumus selama 10 tahun untuk menyiapkannya sengaja tidak mahu diberi sebarang kredit lagi?

Karya agung tetap karya agung...mereka yang terlibat dengannya pun turut menjadi perhatian kita. Bagi saya yang tidak mampu membuat terjemahan ini saya tabik hormat pada usaha penterjemah Ibn Battutah tersebut. Sehingga kini pun takda lagi pengkaji yang mampu mempertikaikan kewibawaan terjemahan itu sama ada dari segi bahasa, makna dan persembahannya. Jika ada cacat tentu dah lama dijaja sebab ia karya yang menjadi tumpuan ramai. Tahniah buat penterjemahnya.

Jawapan saya, tidak wajar menyisihkan nama penterjemah dalam kapsul Ibn Battutah "Pilihan Utama".

 
At 5:31 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Assalamualaikum.

Aduh, jangan sampai semua agensi kerajaan dipandang serong oleh masyarakat. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kefahaman Islam. Cukuplah air dicemari, hutan diterokai, harga materi semakin tinggi, dan lain-lagi yang cukup sebak hendak dinyatakan di sini.

Sekurang-kurangnya, ramai yang masih berharap agar ada tokoh dalam IKIM sana yang faham dan prihatin terhadap suara wakil penulis yang telah memberikan sumbangan intelek kepada negara dan agama.

Nabi Muhammad pernah bersabda, maksudnya, "Saya diutuskan semata-mata bagi menyempurnakan akhlak yang mulia."

Mulianya orang yang menghomati hak orang lain dan saling membantu agar orang lain mendapatkan kembali haknya.

 
At 6:07 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Semua suara yang telah berkumandang di blog Puan Ainon ini hanya menuju ke suatu muara, "Kembalikan hak dan penulis dan martabatkan hakcipta".

Jika Puan Ainon sudah menyatakan bahawa deal itu sudah pada peringkat realisasi, IKIM dan MPH hendaklah berundur selangkah menyemak semula perjanjian yang dimeterai. Entah-entah ada hak dan nasib karyawan dan penulis/penterjemah yang terlepas pandang dan terabai.

Jika keputusan disemak semula, warga Blog ini pastinya menghargai IKIM dan MPH atas keterbukaan mereka menilai semula keputusan yang telah dibuat. Contohilah Kerajaan Pak Lah, walaupun Jambatan Indah sudah pun bermula, tetapi menghormati suara-suara rakyat, keputusan disemak dan dibincangkan semula di Kabinet. Akhirnya "No Go for the Bridge".

Sama ada Kinokuniya, Borders,MPH atau PTS sendiri semuanya bertunjangkan pencernaan minda para penulis/penterjemah yang bernas dan tuntas, yang menghasilkan karya demi karya, memerah otak berfikir, bersengkang mata menjauhi kamar tidur yang empuk untuk menulis di atas bangku kayu yang keras menghadap komputer berjam-jam hingga memedihkan mata. Tanpa penulis hakikatnya tidak adalah Gedung-gedung Buku yang gah dan mengagumkan itu, dan yang mengaut keuntungan sehingga angka berjuta-juta setahun itu.

 
At 6:18 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

please take note: ur dates are weird... hurmm 15th may 2006?

 
At 8:25 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

mimpi ke apa? 15 may 2006? reality check please!!!!

 
At 12:51 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

anonymous,

Mungkin Puan Ainon sengajakan tarikh itu. Merekodkan entri pada tarikh yang terkehadapan adalah salah satu cara untuk memastikan entri tersebut sentiasa di atas, walaupun entri-entri terkini dimasukkan. Ini amalan biasa bagi para blogger, terutama apabila melibatkan entri-entri penting atau entri berbentuk pengumuman.

 
At 5:17 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Salam

Puan Ainon terima kasih kerana begitu dedikasi sekali menerangkan tentang hakcipta dan hak penerbitan kepada pengunjung blog ini.

Elok komen-komen yang ada ini dipanjangkan kepada IKIM dan MPH untuk mendapatkan respon mereka.

Kepada MPH, perniagaan datang bersamanya CSR (Corporate Social Responsibility) atau tanggungjawab sosial korporat. Dalam konteks ini, yang paling utama ialah para karyawan yang ada kaitan dengan perniagaannya itu.

Jagalah hati mereka.

 
At 10:51 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Perbincangan di blog ini menarik perhatian saya. Saya ingin berkongsi dengan Puan Ainon dan rakan-rakan yang lain sebuah artikel jurnal berkaitan harta intelek dan hak cipta.

Saya dedikasikan buat semua pihak - penerbit, penulis, penterjemah, karyawan, pengedar dan semua yang berkaitan sempena Hari Hak Cipta Sedunia pada 23 April yang menjulang martabat penulis dan hak cipta dalam penghasilan buku.

Sama-sama kita mengambil iktibar.


Intellectual Property and Copyright:
The case of translators
by Lenita M. R. Esteves, Ph.D.
Universidade de São Paulo, Brazil




t is common knowledge that authors have the right to protect their work against other people using it and profiting from it. What is less known to the public in general is that translators hold the copyright to the work they produce. This means that if I translate a novel, for example, nobody can make any commercial use of the text without my permission, and if anyone has the opportunity of deriving any profit from this use, I have a right to a share in this profit, and this right is protected and guaranteed by law. Copyright laws are reasonably similar in most western countries, since they are generally derived from international conventions such as the Bern Convention for the Protection of Literary and Artistic Works, signed in 1886. This international convention produced a document which was revised, amended and supplemented several times. The most recent version of the document dates from 1979, according the World Intellectual Property Organization's website (www.wipo.int). More than 150 countries have joined the agreement, including Brazil and the USA.

The fact that the law considers translations as creative works is somewhat surprising even to translators, who are used to social prejudice which undervalues their work in many ways.

Lawrence Venuti (1998), in The scandals of translation, discusses some internal contradictions of this law. According to him, the law is based on a romantic concept of authorship, which sees a written work of art as an individual creation, often the creation of a genius. Venuti´s hypothesis is that any text—and this includes literary texts—is a collective creation, and this undermines the traditional concept of authorship. In essence, what is protected by copyright is not the ideas, but the form they have been given. In other words, what can be plagiarized, copied, or stolen is the form, not the content. Therefore, as the translator´s work is traditionally considered as recasting the author´s ideas in a new form, the translator is considered a kind of author, or, if you prefer, a second-class author.

In this respect, Brazilian law has an interesting view of translation. According to "Lei dos Direitos Autorais" of February 19, 1998, a translation is an original work, albeit secondary. It is closely related to the original/foreign work, but it is an original creation. It is worth noting that, despite everything, the law can still be considered less conservative than the ideas of some translation scholars...

I have a personal experience related to this copyright issue, and I will report it now very briefly. In the beginning of the 90s I was invited by a Brazilian publishing house to translate The Lord of the Rings by J. R. R. Tolkien. I was responsible for the entire text in prose, and a colleague (Almiro Pisetta) translated the poems. The translation was completed in about 15 months, and the book had a good selling record, since the author has a considerable number of fans and admirers. (A previous Brazilian translation, published in the 70s, already existed, but the books sold out and the publishing house was extinguished. This is why a new translation was published.)

With the release of the film in 2001, the book turned into a bestseller overnight, undoubtedly bringing lots of profit to the publishing house, but not to the translators. By that time, several newspapers, magazines and websites contacted me asking for interviews, not exactly because I was an important part of the show, but because everything related to the film was considered newsworthy.

The idea of claiming a share in the profits popped up when someone commented that we the translators were probably getting really rich with the success of the book. Up to that moment, I was completely unaware of the existence of a law protecting my rights as a translator. After some consultations with lawyers, we decided to sue the publishing house, claming a share in the book sales. When I went to see the film, I was quite surprised to realize that all the subtitles in the Brazilian version had been taken from my translation. This includes several names that were translated or adapted and some lines of poems.

So we decided to sue not only the publishing house, but also Warner/New Line, which was responsible for the distribution of the film in Brazil. The reaction of each of the sued parties was very different, which shows the information and opinion each company had concerning translation copyright.

As soon as Warner/New Line was officially notified about the process, the company´s lawyers contacted us proposing an out-of-court agreement: for a certain amount of money, we would sign a document selling all the translation rights to them. After some negotiation, this document was signed and we received 100 thousand reais, which would correspond to more or less 35 thousand dollars. At that time, I considered it a good agreement, since perhaps no other agreement had been signed on these terms in Brazil. However, when we read all the provisions, we realized that Warner/New Line was really clever to have this agreement signed as soon as possible, before we could have a clearer idea of what it meant in terms of money.

As you will be able to see in the text of the agreement, Warner/New Line anticipate so many situations and products in which the text of the translation could be directly or indirectly used, that in fact the sum they have paid to us is ridiculous.

As to the publishing house, they had a very different attitude. They scorned our claim and doubted we could achieve any success. They based all their argumentation on what they called "market practice," according to which translators are not paid for copyright, but only for the task of translating. In other words, the translator is paid only once, even if the book has many editions and turns into a super bestseller.

After some time the news was announced of victory in the first battle. The first judgment was rendered determining that the publishers should pay us 5% on the price of each book sold. They have appealed against it and we are waiting for a second judgment.

In the meantime, the publishers announced in the press they would be releasing a new translation, of course by a different translator. The reasons given for this new translation were the celebration of the author's anniversary of death and the opportunity to "correct some problems" in the current translation.

Of course many people—and this includes us, the translators—were not quite convinced, since the publishers themselves had on many occasions commented on the high quality of the translation. They even indicated that the text might be nominated for the Jabuti prize, one of the most important Brazilian literary awards.

As I see it, the publishing house is taking some steps to protect the future of its assets, in case they lose in Court and the present translation continues selling.

While all this was being reported in the press, one of the many Brazilian websites dedicated to Tolkien's work decided to form a task force (that is the name they give to their effort) to find all the possible translation mistakes.

But many doubts remain: most of the translated names have been widely adopted by Brazilian readers. What will happen to them? If they are maintained, it will be plagiarism. If new names are created or the original ones are used untranslated, Brazilian readers will have to be 're-educated' as to the characters' names.

To make a long story short, I would like to note one last point. The entire situation created by this judicial battle has prompted people to think about literary translation and its effects on Brazilian culture. Some people (mainly publishers) became angry at our attitude, while others are supporting our cause. Surprisingly enough, however, to some—including translators—this first victory was no victory at all, for it has sown suspicion and disagreement between translators and editors, damaging their professional relationship. It seems that some consider us dishonest for claiming a right that is guaranteed by law, specifically by an almost 100-year old Brazilian law.

The story has been told, but its end is still being awaited, indeed anxiously awaited by some. Anyway, I consider that this "fight" has already generated some positive results, which will result in better recognition of translators in their respective cultures.



© Copyright Translation Journal and the Author 2005
URL: http://accurapid.com/journal/33copyright.htm
Last updated on: 06/26/2005 02:41:12

 
At 11:50 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, perkara hakcipta ini amat penting diselesaikan dengan baik oleh IKIM. Nama baik IKIM sudah rosak disebabkan pegawai-pegawai IKIM buat kerja secara tidak profesional langsung. Macam mana IKIM boleh terbitkan karya orang dengan tidak ada dokumen rasmi? Macam cara kerja penerbit Jalan Mesjid India saja!

 
At 2:05 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

hmm..nampaknya anda semua tidak berpuas hati dgn perkara ini. tetapi adakah anda semua sudah membuat aduan rasmi kepd pihak yg terbabit? setahu sy, jika kita bergendang perang di sini, tp bunyinya tdk sampai ke sana, apa gunanya?

 
At 7:05 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

IKIM nak untung dengan cara menindas penulis. IKIM ditubuhkan dengan menggunakan duit rakyat. Sekarang IKIM tindas penulis, sedangkan penulis adalah rakyat. Betulkah pegawai-pegawai IKIM tu faham Islam? Jangan pula ilmu Islam saja banyak tapi perbuatan macam orang yang tak ada KEFAHAMAN ISLAM. Orang IKIM belum terjumpa hadith Rasulullah SAW yang dsisebut oleh Faisal Tehrani kot! Kitab-kitab hadith mana yang dia orang baca maka tak jumpa hadith tu?

 
At 11:58 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Tak perlu susah-suah, pertama buat aduan di ruang maklum balas IKIM kedua di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengar kata dari mereka yang membuat aduan di sana, Pak Lah memang baca apa dan beri respon, itu sebabnya TV banyak dapat coverage tentang wakil rakyat dan isu-isu yang kecil di mata orang lain tapi besar di mata Pak Lah... Ramai-ramai copy alamt di bawah

http://www.pmo.gov.my/website/Feedbackdb.nsf/mffeedback?OpenForm

dan maklumkan kepada beliau...sebar-sebarkan di akhbar dalam surat pembaca dan blog-blog penulis yang mapan. Jika perlu dibuat sidang akhbar dipersilakan...Akhbar memang suka cerita-cerita begini, tambahan lagi sebuah organisasi cerdik pandai sudah buat jenayah senyap...

 
At 10:18 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Apa sebab ramai sangat guna anonymous? Takut apa?

 
At 10:43 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, saya baru baca blog ini sebab kawan-kawan suruh saya baca, sebab mereka hot membincangkan blog puan. Tahniah atas usaha Puan Ainon menyedarkan penulis tentang hakcipta mereka. Memang saya akui banyak penulis macam saya ni, kami selama ini bodoh pasal undang2 hakcipta. Tapi takkan kerana penulis bodoh maka IKIM ambil kesempatan pulak menipu mereka!!.

Puan, tidak bolehkah isu IKIM ini dibawa kepada pengetahuan GAPENA, sebab GAPENA adalah suara rasmi semua persatuan penulis di negara ini. GAPENA mesti perjuangkan hak-hak penulis. Itulah tanggungjawab GAPENA. Saya cadangkan Ketua 1 GAPENA, Tan Sri Ismail Hussein menghantar surat bantahan kepada Tan Sri Ahmad Sarji, Pengerusi IKIM. Tan Sri dengan Tan Sri tentu lebih mudah berurusan. Tapi ada pulak saya dengar gosip mengatakan Tan Sri IKIM yang buat deal dengan MPH! Macam mana nih???! Kalaulah gosip-gosip yang saya dengar di warung Mamak Hamid depan bangunan DBP tu betul, hmmm..... (sambil garu-garu rambut di kepala) takkan Bekas Ketua Setiausaha Negara pun buat kerja tak ikut prosedur. Aib! Sungguh mengaibkan IKIM. Top Gun pun tak profesional! Harap-harap gosip member2 saya di warung Mamak Hamid tu tak betul. Kalau betul... sah Malaysia Boleh!

 
At 10:22 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, saya percaya IKIM tidak mempunyai niat jahat seperti itu sebab mereka adalah pegawai yang dibayar gaji. Kalau IKIM untung berjuta-juta ringgit sekalipun, gaji pegawai-pegawai IKIM begitu juga.

Isu deal IKIM-MPH ini adalah isu cara kerja pegawai-pegawai IKIM yang tidak profesional. Itu sahaja. Kita tidak patut menyamakan IKIM dengan tingkah laku penerbit-penerbit kaki tipu yang kononnya ada di jalan Mesjid India, seperti yang disebut oleh seorang pengunjung bog ini.

Jikalau cara kerja IKIM itu yang tidak betul, maka betulkanlah cara kerja itu. IKIM mesti ambil langkah menghubungi semua penulis dan penterjemah yang berkenaan. Sebelum itu siapkan dokumen-dokumen yang wajib ada.

IKIM mesti membuka jalan perundingan berkenaan terma-terma persetujuan antara kedua-dua belah pihak berdasarkan prinsip “Sama-sama Puas Hati”.

 
At 10:25 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Selama ini penulis kita bodoh tentang undang-undang hakcipta, itu semua orang maklum. Sekarang, IKIM semakin hari semakin dipandang sama bodohnya tentang undang-undang hakcipta, sedangkan IKIM adalah penerbit milik kerajaan.

Isu ini sudah tidak dapat ditutup lagi. Masyarakat pengarang dan penulis sudah tahu IKIM menganiyai penulis dan penterjemahnya. Selepas ini nama IKIM akan dibangkitkan dan diungkit-ungkit dalam seminar-seminar di mana para penulis dan sasterawan berkumpul.
Bacalah hadith yang disebut oleh sasterawan Faisal Tehrani. Tidakkah sanubari IKIM terusik oleh pesan Rasulullah itu?

 
At 5:53 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon,

Diharap semua orang IKIM membaca apa yang puan tulis. Orang IKIM janganlah gelojoh, tamak dan haloba hendak memaksa penulis menyerahkan hakcipta mereka kepada IKIM.

IKIM bukan milik kakitangannya. IKIM adalah milik rakyat. Kepada pegawai-pegawai IKIM, janganlah buat kerja macam IKIM tu syarikat milik peribadi pulak. Kalau IKIM ditutup satu hari nanti, apa nak jadi ke atas karya mereka?

Pada pandangan saya, kemungkinan IKIM ditutup memang ada, sebab makin hari nampaknya IKIM makin terbukti gagal memberikan KEFAHAMAN ISLAM kepada rakyat negara ini. Bukan hanya ramai rakyat yang keliru tentang Islam, pemimpin pun ramai yang keliru!

 
At 6:33 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan, apa kerja IKIM yang sebenar? Memberi kefahaman Islam atau berniaga dan buat untung dengan menzalimi penulis?

Saya pelik, kenapa IKIM tidak berikan KEFAHAMAN ISLAM kepada Sisters In Islam? Kenapa IKIM membisu apabila SIS menghina undang-undang syariah yang sudah jelas? Kalau IKIM terus tutup mulut, pejam mata dan membiarkan Islam dihina, memang layak IKIM ditutup!

Benda-benda yang tidak wajib dibuat, IKIM sibuk-sibuk buat. Memaksa penulis serah hakcipta kepada IKIM bukan kerja yang wajib dibuat, tapi IKIM buat pulak. Mencegah SIS daripada menghina Islam, bukankah itu kerja wajib, tapi IKIM tak mahu buat! IKIM takut kepada anak-anak perempuan perdana menteri kot!

Agaknya, kalau "Pengembaraan Ibnu Batutah" tu diterjemahkan oleh seseorang yang bernama Puan Nori bt Abdullah, IKIM takkan berani paksanya serah hakcipta kepada IKIM.

 
At 12:33 AM, Blogger Romantis Selatan Berkata ...

Mari sama-sama kita sebarkan kebenaran ini! Semua penulis-penulis perlu tahu hak-hak mereka!

Puan Ainon, Wirawati para penulis dan pengkarya seluruh Malaysia!

Kita tidak boleh membiarkan para penulis ditindas. Hak cipta penulis, adalah milik penulis selamanya!

Jangan kita biarkan penerbit-penerbit mengambil peluang di atas kejahilan penulis-penulis baru! Penulis-penulis baru harus mengetahui kebenaran ini.

Sebenarnya cerita ini telah pun saya dengar sejak tujuh lapan tahun yang lepas. Tetapi bukan IKIM. Cerita ini diceritakan sendiri oleh seorang editor sebuah syarikat penerbitan yang antara terulung di Malaysia suatu ketika dahulu. Penipuan dalam pembayaran royalti mudah berlaku. Berhati-hatilah apabila memilih penerbit.

Terima kasih Puan Ainon. Teruskan perjuangan! Sebarkan hak-hak para penulis semua!

 
At 1:40 AM, Blogger Najwa Aiman Berkata ...

Maaf sebab tak pasti sama ada isu ini sudah dibicarakan di sini. Sekiranya belum, mungkin bagus juga untuk dibincangkan tentang sesetengah penulis yang diikat secara kontrak oleh penerbitnya dalam sesuatu tempoh tertentu yang mensyaratkan bahawa penulis berkenaan tidak boleh menghantar karyanya kepada penerbit lain dalam tempoh ikatan tersebut; dan, penulis harus menghasilkan untuk terbitan bagi penerbit berkenaan sekian banyak karya dalam tempoh ikatan.

Namun apa habuannya untuk penulis, atau adakah ini merupakan satu lagi bentuk penindasan penerbit ke atas penulis? Rasa-rasanya penulis masih lagi menjadi mangsa dalam perjanjian seumpama ini.

 
At 9:29 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, bak kata Najwa Aiman, nasib penulis tak ubah macam timun dengan durian, menggolek luka, digolek pun luka. Kalau begini sikap penerbit2 tanah air kita, orang takut menjadi penulis!

Kalau penerbit milik kerajaan macam IKIM pun menindas penulis, apatah lagi penerbit swasta, lagi-lagi yang sahamnya adalah milik individu. Tentulah mereka lebih menindas penulis.

Jadi, para penulis di negara kita hendak hantar karya mereka ke mana?

Saya cadangkan GAPENA hantar memorandum kepada Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Dato' Shafie Afdal, dan adukan perkara ini. Kalau harga telur pun boleh dikawal, takkanlah isu hakcipta tak dapat diberikan garis panduan yang WIN-WIN antara penerbit dan penulis.

Puan, kenapa IKIM diam saja, adakah mereka tidak membaca blog puan ini? Atau diam bermakna setuju dengan apa yang puan sedang perjuangkan?

 
At 9:47 AM, Blogger Romantis Selatan Berkata ...

Saya bersetuju dengan Najwa Aiman... kontrak yang sebegini tidak sepatutnya wujud antara penerbit dengan penulis.

Sebab berdasarkan apa yang telah saya baca dan terokai, ada penerbit yang sambil lewa menerbit dan mengedarkan buku-buku penulis.

Penulis harus diberi kebebasan. Kebebasan berkarya dan kebebasan memasarkan karyanya.

Saya berpendapat adalah hak penulis untuk mencari jalan untuk membiayai dirinya menerusi karya-karya penulisan. Dia bebas untuk memilih mana-mana penerbit tanpa kongkongan. Maksud saya, tidak 'berpuak' kepada satu penerbit sahaja. Ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan antara penulis malah membantu penulis untuk memperkembangkan genre penulisannya. Kontrak yang menyekat penulis daripada menghantar karya kepada penerbit lain adalah cubaan untuk 'membunuh' penulis.

Ini mirip kepada usaha penerbit untuk menakluki penulis. Satu persaingan yang tidak sihat telah wujud. Penerbit memegang penulis atas dasar keuntungan, bukan lagi atas dasar karya dan kebebasan penulis. Penerbit cuba menghapuskan saingan. Ini adalah melanggar batas-batas kemanusiaan. Penerbit yang semacam ini harus kita tentang.

Setiap penerbit ada kelebihan dan kelemahan. Adalah hak penulis untuk menghantar kepada mana-mana penerbit yang bersesuaian dengan cara kerja dan falsafah karyanya.

Saya kecewa kerana adanya penerbit yang semacam ini di Malaysia. Saya gembira kerana 'Puan Harry Porter' di Eropah dapat menghidupkan semula keluarganya dengan hasil karyanya dan menjadi orang kaya baru dengan hasil karyanya.

Karya penulis adalah hak penulis selamanya. Jika penulis sudah meninggal dunia, hasil keuntungan karya itu akan dapat membantu penulis untuk menyara ahli keluarganya yang masih hidup.

Penerbit patut fikir soal ini. Mereka dah kaya, nak kaya setakat mana lagi? Beri peluang kepada penulis untuk hidup dan memberi masa depan kepada anak-anaknya, keluarganya, ibu bapanya (jika dia mati muda). Saya kecewa dan takkan berurusan dengan penerbit seperti ini.

Penulis adalah seperti penggali perigi. Telaga itu akan dipenuhi air, dan dapat digunakan oleh orang ramai termasuk ahli keluarganya. Penulis adalah penggali perigi, mata air itu adalah karyanya yang diilhamkan dengan izin Tuhan. Orang ramai itu adalah seperti saudara-saudaranya, sanak keluarganya. Berikan penulis peluang untuk berbakti kepada ahli keluarganya dengan hasil karyanya tak kira dia masih hidup atau telah meninggal dunia. Jangan rampas atau cuba merampas, atau menghasut/meracuni minda penulis supaya menjual karya penulis...

Sebaliknya fikirkan mengenai cara untuk mengedarkan karya penulis. Bekerjasama dengan penulis. Sama-sama mendapat untung. Fikirkan ke arah itu. Jangan ke arah diri sendiri atau kompeni sendiri.

Saya menghormati penerbit yang menghormati hak cipta penulis. Hanya penerbit yang menghormati hak dan kebebasan penulis akan berurusan dengan saya. Saya percaya adanya penerbit seperti ini.

 
At 6:08 PM, Blogger Romantis Selatan Berkata ...

sokong sepenuhnya kata-kata Ciptawan! tindakan merampas atau mengambil alih hakcipta para pengkarya adalah umpama membunuh bakat-bakat terkini di Malaysia.

Penerbit yang bermaruah akan cuba memperbaiki organisasi diri dan strategi penerbitan dan pengedaran, bukan merampas hak cipta penulis untuk mengaut keuntungan lebih!

Harap Perdana Menteri juga akan menyokong perjuangan para penulis semua.

 
At 11:48 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, saya sungguh menghargai perjuangan puan memberikan kesedaran kepada para penulis supaya menjaga harta intelek mereka.

Adakah Puan sedar, bukan hanya IKIM sahaja yang menzalimi penulis? Saya seorang penulis DBP. Dalam dokumen perjanjian penerbitan DBP yang saya tandatangani, tidak ada dituliskan tempoh "bercerai" yang macam puan terangkan itu!!!

Saya minta Puan jangan hanya kritik IKIM, sedangkan ada penerbit yang lebih besar macam DBP pun menzalimi penulis. Kalau IKIM tak tahu pasal harta intelek dan hakipta memang patut jugalah, sebab IKIM bukan penerbit besar. Tapi DBP?????

 
At 12:23 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan, bukan hanya IKIM dan DBP yang menzalimi penulis dengan tidak menyatakan tempoh "perceraian" dalam perjanjian penerbitan!

Saya seorang penulis dengan sebuah penerbit lain yang amat terkenal sekarang, saya dapati hal sama dilakukan oleh penerbit itu. Sekarang baru saya faham, iaitu setelah membaca penerangan puan. Memang betul, penulis negara ini dipijak-pijak oleh penerbit!!!

Buku saya sudah 5 tahun tidak diulangcetak, bila saya hendak terbitkan dengan penerbit lain, mereka kata mereka mungkin hendak ulangcetak. Tapi sampai sekarang tak ada apa-apa.

Sampai bilakah kezaliman akan terus berlaku ke atas penulis? Takkan tidak ada apa-apa yang dapat kita lakukan untuk membela nasib kita yang ditipu oleh penerbit?

Penerbit karya saya itu katanya sedang nazak sebab terlampau banyak hutang dengan pencetak. Kalau penerbit itu tergadai kepada pencetak Cina, apa nak jadi, puan? Habis semua berpuluh-puluh karya penulis Melayu akan jadi hak pencetak Cina itu. Pencetak Cina kaya, mereka boleh terbitkan semula dan pasarkan karya-karya itu dengan lebih agresif. Penulis Melayu gigit jari sajalah nampaknya.... terkulat-kulat macam cicak termakan kapur!!!

 
At 5:07 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Salam.

Saya pernah berurusan dengan pihak DBP tentang isu hakcipta bagi seorang sasterawan.

Jawapan yang diterima: Selagi ada bulan dan matahari.

Masalahnya, ada karya-karya yang lebih sedekad tidak diterbitkan. Namun, pihak DBP masih tidak mahu melepaskannya.

Sedia maklum, banyak buku-buku yang diterbitkan tersimpan dalam setor dan di"lelong" setiap akhir tahun.

Dan ada karya-karya yang dicetak dahulu, diedar dan dijual, selang beberapa bulan baru kontraknya sampai.

Ini tidak termasuk buku-buku sasterawan yang diterbitkan bersama dengan sebuah syarikat penerbitan dari utara. Bila ditanya tentang kedudukan hakcipta, mereka berkata, "Oh jangan risau. Mereka cuma mencetak. Hakcipta masih kami punya." Namun bila ditanya mengenai royalti, "Oh, kami sedang tunggu laporan jualan dari mereka."

Apakah fungsi sebenar DBP? Bukankah mereka sepatutnya memelihara dan menyuburkan dunia sastera nasional?

Saya tidak terkejut dengan kemunculan penerbit-penerbit "Indy" yang terdiri dari penulis itu sendiri. Mungkin ini satu rahmat...insyaAllah.

 
At 7:17 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Cerita ada penerbit terkenal sedang nazak tu memang betul. Abang saya bekerja dengan sebuah printer yang mencetak buku2 penerbit tu. Saya tak mau sebut berapa banyak hutang penerbit tu, tapi banyak! Kalau printer tu take over penerbit tu, wassalam nasib buku-bukunya, semua jadi harta Cina! Saya cadangkan semua penulis minta balik hakcipta buku2 mereka sebelum syarikat tu diserahkan kepada Cina.

 
At 11:16 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Rasa2nya tak susah nak agak penerbit mana yang dah nazak tu. Sebaik-baiknya, demi menjaga jangan sampai harta intelek penulis Melayu menjadi harta printer Cina, penerbit nazak tu mesti pulangkan hakcipta buku-buku itu kepada pengarangnya. Sekian lama penerbit tu dah buat berjuta-juta untung, bayar cuma sekali saja kepada pengarang. Takkan dia dah tahu syarikatnya dah nazak dah, tapi si tuan punya syarikat tak peduli langsung tentang berpuluh-puluh hakcipta yang akan jatuh ke tangan printer2 Cina yang dia berhutang.

Malang! Malang sungguh nasib penulis2 negara ini!

 
At 2:37 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya berkesempatan ke Pesta Buku yang lalu. Yang menyedihkan buku-buku Siri Novel Malaysia Pilihan Abad 20 yang merangkumi karya-karya sasterawan negara tidak dijual di gerai DBP tetapi di gerai sebuah syarikat bangsa asing.Saya diberitahu ini berlaku pada setiap acara di mana pihak DBP dan syarikat tersebut(sebuah syarikat yang tersenarai) mengambil bahagian. Apa maksudnya ini?

Sejak bila DBP menyerahkan tanggungjawabnya kepada syarikatbangsa asing? Selamatkah sastera bangsa kita di tangan bangsa asing?

Bukankah ini satu pengkhianatan pada bangsa?

Saya berdoa agar Pengarah baru yang menerajui DBP kini sedar dan pulihkan kembali penyakit "Pak Pandir" ini.

Ada kilang cetak, kilangnya dijual. Jual pada siapa? Dengar cerita sanak saudara dan suku-sakat. Baru beroperasi tak sampai sebulan - dengar cerita juga - dah beli mercedes. Anehnya, kilang yang besar ada, tapi bagi syarikat lain cetak...pelik bin ajaib...ah, lupa...memang pada mereka yang boleh menghaibkan sesuatu itu kita gelarkan ahli silap mata...bezanya di sini, apa yang dighaibkan itu mungkin tidak akan dikembalikan...

Tak apalah, kita doakan saja kesejahteraan mereka ini dan juga mereka yang malang dalam perkara ini...aminnn

 
At 8:20 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Harapan saya PTS tidak akan sekali2 melakukan perkara2 yg telah pihak2 lain buat kepada penulis. Kepercayaan kami adalah perkara yg sgt mahal. Artikel2 di sini memang bagus sgt. Tidak semua penerbit yg mahu mendedahkan tentang hak2 penulis, sekurang-kurangnya perjuangan menegakkan hak penulis bermakna perjuangan menegakkan anak bangsa kita yang sudah terlalu lama tertindas oleh penerbit2.

 
At 9:12 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Antara syarat calon suami ialah MAMPU berikan nafkah. Kalau tidak mampu, usaha biar mampu. Banyak hadis Nabi yang memotivasikan umat supaya berusaha keras mencari rezeki. Mengapa? Untuk menunaikan tanggungjawab supaya tidak dituntut di akhirat!

Kalau tidak mampu dan tidak mahu mengulangcetak karya si fulan, untuk apa disimpan ditahan hakciptanya. Dibawa mati?

Ini jenis perhambaan zaman moden. Kaki dan tangan tidak lagi diikat dirantai. Yang dirantai sekarang ialah mentol di dalam kepala.

"Jangan emosional, kita selesaikan baik-baik. Kita ada budaya,kita orang bertamadun!"

Barangkali itu nasihat yang bakal diberi. Soalnya, tindakan memeras harta orang lain itu berbudayakah?

Bertamadunkah?

Hadarikah?

 
At 7:39 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon,

Bagaimana jika Syarikat X yang tidak berhak mencetak, menerbit dan mengedarkan buku-buku yang hakciptanya belum sah seperti yang Pn Ainon katakan tidak ada dokumen perjanjian, pelepasan dan pemindahan hak milik, adakah buku-buku itu boleh dianggap bahan curi? Bolehkah tindakan mahkamah diambili untuk kaveat buku-buku tersebut? Adakah pengedarannya boleh disekat?

Harap dapat berikan jawapannya. Terima kasih kerana perbincangan tentang hakcipta, lesen dan harta intelek ini amat bermanfaat.

 
At 1:34 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, rakyat Malaysia rata-rata masih belum faham nilai sebenar apa yang dikatakan harta intelektual dan hakcipta. Itulah sebabnya baik penerbit mahupun penulis, mereka melakukan banyak kesilapan berkaitan undang-undang ini. Maka jangan hairan jika Tan Sri2 bekas KSN pun tidak tamu menahu cara2 yang betul pengurusan harta intelektual dan hakcipta seperti yang berlaku di IKIM.

Saya syorkan persatuan2 penulis mengadakan banyak kursus dan seminar berkenaan harta intelektual dan undang2 hakcipta.

Adakah penulis2 tahu apabila karya mereka dicuri oleh pihak lain mereka boleh membuat laporan polis, dan pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas laporan itu? Ia serupa sahaja dengan kes kecurian2 lain.

Saya tidak mengesyorkan supaya laporan polis dibuat ke atas IKIM sebab saya tidak tahu fakta-fakta sebenar berkenaan isu IKIM ini. Sebaik-baiknya penulis2 yang terbabit mendapatkan nasihat peguam dahulu.

 
At 7:49 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya harap perkara macam ini tak berlaku lagi dalam zaman moden yang sudah kenal hak-hak asasi manusia. Malang sekali, Malaysia yang bercita-cita hendak menjadi negara maju, sebaliknya masih kuno dalam isu menjaga hak-hak golongan cendekiawannya. Aibnya!

 
At 11:35 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Untuk Kak Wan dan yang lain-lain (sebab ramai sangat mengatakan mereka yang 'anonymous' ini penakut kerana tak nak pamerkan nama)

Blogspot mengemukakan tiga pilihan identiti; blogger; other; anonymous
Blogger - untuk yang mempunyai blog dengan blogspot.
Other - untuk blogger dari blog lain spt blogdrive
Anonymous - untuk mereka yang tiada blog.

Suruh Puan Ainon bertukar kepada blogdrive jika mahu semua nama pengepos komen dipamerkan.

Mungkin juga ada blogger yang memilih identiti anonymous kerana takut TETAPI melabelkan semua identiti anonymous sebagai penakut adalah tidak munasabah.

 

Post a Comment

<< Home