Rashid Hussein: Nama Terbaru dalam Dunia Buku
Satu lagi gosip terbaru yang sedang bertiup kencang dalam komuniti penerbit buku-buku berasaskan silabus adalah, sebuah syarikat penerbitan yang baru didaftarkan dan dikaitkan dengan nama Rashid Hussein kononnya akan diberi kontrak membekalkan kepada Kementerian Pelajaran semua buku teks bagi mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris, bagi tingkatan 1 sampai tingkatan 5.
Belum pernah dalam sejarah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelajaran ada sebuah penerbit yang diberi kontrak sebesar itu, apatah lagi penerbit ini belum pernah didengar namanya sehinggalah saat gosip ini mula tersebar.
Sumber gosip ini mengatakan ada campur tangan daripada pihak tertinggi supaya syarikat baru muncul itu diberi layanan istimewa itu.
Gosip ini menyebabkan penerbit-penerbit seperti Sasbadi, Pelangi, Cerdik, Fajar Bakti dan lain-lain resah gelisah. Mereka memang hidup dengan menerbitkan buku-buku kegunaan murid, dan setiap tahun masing-masing menerima kontrak buku teks.
“Bagaimanakah seorang tokoh bank tiba-tiba berminat dengan buku teks?” kata seorang penerbit.
“Sekarang mereka mahu buku teks sains, matematik dan bahasa Inggeris. Lepas itu apa lagi mereka mahu?” kata seorang pengurus syarikat penerbitan lain.
6 Komen :
Puan Ainon,
Biasalah di mana ada gula di situ adalah semut.
Tetapi semut baru janganlah hendak merampas makanan semut-semut yang sudah lama berusaha dan berkecimpung membekalkan buku selama ini.
Diharap Kementerian Pelajaran tidak melupakan jasa-jasa para penerbit yang telah tersedia apabila muncul penerbit baharu.
Lebih baik ada lebih banyak penerbit. Ia akan menimbulkan persaingan dari segi kualiti buku yang diterbitkan. Penerbit mufrad hanya akan mewujudkan monopoli dan tidak ada tekanan untuk meningkatkan kualiti.
Harap Kementerian Pelajaran kita mengambil keputusan yang bijak dan bermakna.
Ya, betapa kroniknya sistem di Malaysia.
Puan,
Syarikat D pun, 'akarnya', aaa... ammmm bank jugalah.
:)
Dah kata dah!
Ini fenomena paus masuk sungai!
Satu fenomena yang ajaib juga.
Sama juga halnya dgn pembekalan kertas A4 yg dibekalkan kpd Jabatan Kastam seluruh Malaysia, harga tawaran dlm tender yg dimenangi menyebut harga satu rim kertas A4 yg dibekalkan RM25, walhal peniaga kecil sebelum itu membekalkannya dgn harga RM10 bagi setiap rim. Bagaimana?
Dah kata dah!
Post a Comment
<< Home