Wednesday, April 12, 2006

PTS FORTUNA dan PTS ISLAMICA: Update

Dengan ini dimaklumkan kepada para karyawan PTS bahawa Puan Norhazizam bt Abd. Rahman sudah memulakan tugas-tugas beliau sebagai pengurus projek-projek PTS FORTUNA.

Sebelum ini beliau adalah Pengurus PTS ONE. Tugas-tugas pengurusan penerbitan projek-projek PTS ONE kini dikendalikan oleh Cik Nurismaliza bt Ismail yang lebih dikenali dengan nama Cik Ann.

Encik Faris Hasbullah pula sudah memulakan tugas-tugas beliau sebagai pengurus projek-projek PTS Islamica.

SifuPTS akan terus menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pegawai latihan dan sifu dalam hal-ehwal pembangunan tenaga karyawan penulis dan ilustrator bagi PTS Fortuna dan PTS Islamica.

Apabila manuskrip sudah siap ditulis, ia akan diambil alih, sama ada oleh Puan Norhazizam bagi PTS Fortuna ataupun oleh Encik Faris bagi PTS Islamica, untuk proses penerbitan selanjutnya.