Thursday, April 13, 2006

Kata Pinjaman: Sumbangan Ulama lawan Sumbangan Ahli Linguistik

Sebagai penulis, salah satu isu yang saudara hadapi adalah persoalan kata pinjaman. Saudara mungkin menulis buku yang bertajuk Mengarang Komputer Game ataupun Teknik Internet Marketing, tetapi saudara musykil apakah judul seperti itu boleh digunakan bagi buku-buku dalam bahasa Melayu.


Aktiviti meminjam perkataan, istilah teknikal dan frasa daripada bahasa-bahasa lain adalah harus, dibolehkan, yakni bukan perbuatan yang berdosa.


Tidak ada ayat Quran ataupun hadis yang menegah perbuatan meminjam perkataan, istilah ataupun frasa daripada bahasa-bahasa lain.


Mengikut kajian, dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu, ulama-ulama Melayu sudah meminjam lebih daripada 1,000 perkataan, istilah dan frasa daripada bahasa Arab.


Tidak ada kes di mana golongan ulama membuang perkataan pinjaman yang dipinjam sebelum kedatangan Islam, meskipun perkataan-perkataan itu berasal daripada pengaruh agama Hindu-Sanskerta. Perkataan-perkataan itu terus digunakan sampai sekarang dalam wacana agama Islam seperti puasa, pahala, syurga, dosa, neraka, derhaka dan banyak lagi.


Apa yang pernah berlaku adalah sebaliknya. Ahli-ahli linguistik Melayu aliran sekular Barat, dengan menggunakan kedudukan mereka dalam jawatankuasa bahasa Melayu yang ditubuhkan oleh kerajaan, telah membuang bunyi-bunyi fonetik dan fonologi Arab
daripada sistem ejaan bahasa Melayu kontemporari, padahal bunyi-bunyi Arab itu sudah beratus tahun diterima sebagai bunyi-bunyi Melayu. Dalam nafas yang sama ahli-ahli linguistik sekular itu menerima bunyi-bunyi fonetik dan fonologi Inggeris.



2 Komen :

At 9:00 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Dalam penggunaan bahasa pinjaman memang telah lama wujud tetapi mungkin disebabkan adakalanya satu-satu perkataan yang digunakan jarang didengari menyebabkan ianya dianggap janggal.
Namun pinjaman perkataan sebenarnya boleh menjadikan sesuatu cerita itu lebih menarik asalkan ianya bersesuaian.Dalam bahasa arab misalnya perkataan 'Hatta' yang membawa maksud 'sehingga' telah diguna pakai dalam bahasa kita.

 
At 11:07 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ulama dahulu menggunakan tulisan jawi dan sekarang digunakan tulisan rumi. Oleh itu, yang bagaimanakah dikatakan "membuang bunyi-bunyi fonetik dan fonologi Arab daripada sistem ejaan bahasa Melayu kontemporari" itu? Sistem ejaan jawi atau sistem ejaan rumi?

 

Post a Comment

<< Home