Buku Rosak: Faktor Anak Orang Berwang
Adakah saudara merancang akan membuka kedai buku? Jika ya, ambil perhatian perkara ini.
Maklumat yang ada pada kita mendapati sebuah rangkaian superstore buku yang terkenal, setiap tahun menanggung sekitar RM500,000 (lima ratus ribu) kos kerugian akibat buku rosak! Siapa kata masyarakat bandar yang terpelajar dan berwang tidak melakukan jenayah vandalisme ke atas buku?
Sumber daripada superstore itu memberitahu bahawa golongan yang paling banyak merosakkan buku-buku dalam rangkaian kedai bukunya adalah anak-anak yang dibawa masuk oleh ibu bapa mereka.
Anak-anak orang berwang itu menconteng-conteng dan mengoyakkan buku-buku semasa menunggu ibu bapa mereka selesai urusan membeli buku.
Semakin cantik dan mahal buku itu, semakin tinggi kemungkinan ia menjadi target anak-anak perosak itu. Disebabkan buku-buku impot lebih cantik-cantik dan mahal, tidak hairanlah buku-buku itu menjadi sasaran utama contengan dan koyakan.
Disebabkan buku-buku impot tidak boleh dikembalikan kepada penerbitnya, ini bermakna pengusaha kedai terpaksa menanggung kos kerugian itu. Jadi, bagaimakah pengurusan kedai mengendalikan kerugian itu jika tidak dengan menaikkan harga buku yang dijual?
Jika saudara suka membawa anak-anak ke kedai buku, jangan alpa. Sebagai orang yang berpelajaran, berwang, peminat buku, para ibu bapa tidak percaya apabila diberitahu oleh staf yang bertugas bahawa anaknya merosakkan buku walaupun buku yang dirosakkan itu ditunjukkan. Mereka lebih percaya cakap anak mereka yang tidak mengaku.
Jika saudara bercadang membuka kedai buku, ambil perhatian faktor ini semasa menentukan harga jualan buku-buku saudara!
4 Komen :
Tak hairanlah kebanyakan kedai-kedai buku membalut buku-buku mereka..... Siapa yang kedekut sebenarnya? pembeli atau penjual?
Kalau di Kunikuniya, satu buku dibiarkan tidak berbalut. Kebanyakkannya buku bahasa Melayu kena balut dibandingkan buku bahasa Inggeris.
Kalau ni Nile Bookstroe, semua sekali dibalut, kecuali buku diluar yang dijaga penuh sabar oleh uncle Hanifah dari Madras.
Kalau di MPH tak ada yang berbalut pun kecuali satu dua cawangan...
Kesimpulannya, balut jangan tak balut, buka jangan tak buka...
Saya setuju. Ibu bapa patut menanam sifat sayangkan buku dan menghormati hak org lain kepada anak2 dari kecil lagi. Perkara begini tidak seharusnya berlaku!
Dulu saya pernah tinjau harga buku juga. Game Programming Gems kat Kinokuniya RM 360 tapi kat MPH (atau Times? tapi tingkat bawah bangunan bersambung dengan plaza bukit bintang) cuma berharga RM 280. Tak sangka naik bas RM 1 boleh jimat RM 80, kalau beli buku tu. Mengikut tinjauan saya, buku borders (saya cuma check buku komputer antarabangsa, ya) lebih mahal dari kinokuniya, dan kedua-dua ini lebih mahal dari kedai buku yg menyewa bangunan-bangunan biasa (MPH, Times, etc). Saya tahu baru-baru nie saya beli buku Poser 6 dari Kinokuniya, sebab yg kat Borders mahal.
Mengikut pengamatan saya, buku borders yg banyak rosak ialah komik, majalah, buku berkaitan filem popular (macam buku bergambar tentang star wars), dan lain-lain. Dulu buku yg rosak mereka letak juga atas rak. Sedih tgk keadaan buku star wars, kulit koyak rabak. Mungkin dia orang tahu memang tak ada orang yg akan beli buku tu dan sekarang buku-buku yg rosak dia terus letak dlm stor kot.
Post a Comment
<< Home