Apabila Pengedar Menjadi Penerbit Hantu
Gosip dunia buku mengatakan penerbit-penerbit indie novel Melayu sedang berdepan dengan dilema tentang hubungan dengan pengedar novel.
Dalam industri buku ada pengedar-pengedar profesional yang menjalankan aktiviti mengedar jenis-jenis buku khusus. Sebagai contoh ada pengedar yang fokus pada buku-buku sekolah sahaja, ada pengedar buku kanak-kanak, pengedar buku-buku perpustakaan dan ada pengedar novel-novel sahaja.
Adalah lazim apabila penerbit menjadi pengedarnya sendiri, yakni mengedarkan sendiri buku-buku terbitannya. Malah penerbit kecil yang merancang menjadi besar perlu dari awal belajar mengedarkan sendiri buku-bukunya.
Di kalangan penerbit indie novel Melayu, isu yang dihadapi adalah kekurangan modal bagi mengedarkan sendiri novel terbitan mereka. Ini menyebabkan mereka sangat bergantung kepada sebuah pengedar novel yang mendominasi pasaran.
Dilema yang dialami oleh penerbit-penerbit indie saat ini adalah pengedar dominan itu menjadi penerbit hantu dengan membiayai penerbitan novel seseorang pengarang yang terkenal.
Di sini si pengarang itu menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri bagi menerbitkan novel-novelnya. Jadi pada novelnya itu memang nama syarikatnya yang tercetak sebagai penerbit rasmi. Tetapi sebenarnya dia tidak mengeluarkan modal percetakan.
Apabila si pengedar itu mengeluarkan wang bagi mencetak novel-novel pengarang itu, ia akan mengutamakan novel-novel itu. Dengan itu berlaku konflik kepentingan bagi mempromosi antara novel-novel yang diedarkannya sahaja dengan novel-novel yang dibiayainya.
Kita mendengar rungutan daripada kedai-kedai buku yang memesan novel pengarang-pengarang lain daripada pengedar tersebut tetapi tidak menerima kiriman.
Bagi pembeli novel, apabila mereka pergi ke kedai dengan niat hendak membeli novel, jika novel pengarang kegemarannya tidak ada, dia takkan hendak balik dengan tangan kosong, sedangkan dia sudah bersusah payang naik bas dan sebagainya pergi ke kedai itu. Jadi dia akan membeli juga novel lain.
Situasi ini paling teruk dirasakan oleh dua kumpulan. Pertama, penerbit indie yang terdiri daripada pengarang sudah terkenal. Mereka dahulu menerbitkan karya mereka dengan Alaf21 ataupun Creative, kemudian mereka menerbitkan karya mereka sendiri dan bergantung kepada pengedar dominan itu.
Kedua, para pengarang terkenal yang menerbitkan karya mereka dengan penerbit-penerbit indie. Dahulu mereka juga menerbitkan novel mereka dengan Alaf21 dan Creative tetapi kemudian mereka menyerahkan novel terbaru mereka kepada penerbit-penerbit indie itu.
.

2 Komen :
Betul Puan,
Kalau mahu jadi penerbit mesti juga pandai mengedar. Pengedar yang ada di luar sana tidak boleh diharapkan sangat. Masing-masing ada agenda tersendiri. Memang banyak orang bisnes kita lupa mahu jadi profesional. Masing-masing masih dibuai mimpi dengan kejayaan yang mereka sudah capai. Mereka terlupa mereka mampu terjatuh kalau terlalu ralit dengan mimpi itu!
Macam tu lah org melayu kita berniaga. yg menulis org melayu, yg beli novel pun melayu.. tapi pengedarnya yg untung taklah melayu sangat...mamak.. senang cakap.. tapi ada juga org panggil mamak keling ni tuan haji...bodohnya melayu, ada juga pengedar melayu, tapi penulis melayu yg perasan ni tetap bagi buku dia kat mamakk...
Post a Comment
<< Home