Thursday, July 13, 2006

Pasaran Novel Cinta - update

Bagi saudara yang baru hendak menceburi bidang penulisan novel cinta, maklumat pasaran yang ada pada kita menunjukkan pasaran novel cinta sudah menunjukkan tanda-tanda kurang sihat berbanding dengan beberapa tahun yang lalu.

Yang masih bertahan adalah jualan novel-novel penulis lama yang sudah terkenal dan mempunyai fan-base yang besar.

Jualan novel-novel cinta oleh penulis-penulis baru dapat digambarkan dengan istilah 'sejuk'. Ini termasuklah nama-nama baru yang diperkenalkan oleh penerbit terkenal sekalipun.

Pasaran novel cinta mengalami masalah tidak sihat ini disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Banyaknya jumlah novel yang masuk ke dalam pasaran setiap bulan. Mengikut seorang pengedar novel yang besar, setiap bulan terdapat antara 15 hingga 20 judul novel cinta baru, sedangkan daya beli peminat novel cinta adalah antara RM15 - RM30 sahaja sebulan.

2. Banyaknya penerbit amatur yang terjun masuk ke dalam pasaran ini dengan menghasilkan novel-novel mutu rendah yang mengecewakan pembeli daripada sudut editing dan persembahan.

3. Banyaknya nama-nama penulis baru muncul yang karyanya tidak bermutu dan tidak memenuhi citarasa pembaca.

Maklumat ini relevan sekiranya saudara fikir sebagai penulis baru saudara mempunyai harapan dapat mencipta nama dan menikmati royalti besar.

.

19 Komen :

At 5:01 PM, Blogger alifin Berkata ...

LAPORAN PUAN AINON ada benarnya jika kita lihat di kedai-kedai besar dan pengedar-pengedar utama. Namun terkini, terdapat dua senario.

Pertama, banyak pengedar-pengedar baru yang muncul dan bersaing dengan pengedar-pengedar yang 'established.' Mereka lebih agresif.

Kedua, kini terdapat tuan punya kedai buku baru yang terdiri mereka yang terpelajar. Mereka pandai membuat kontak terus kepada penerbit dan cekap berurusan dengan e-mel dan bayaran secara online.

DI SALAH SEBUAH ibu negeri di semenanjung, terdapat sebuah kedai dan pengedar besar yang kini semput kerana di hadapan kedainya terdapat sebuah kompleks membeli-belah yang mempunyai tak kurang tiga buah kedai buku. Ini tidak termasuk beberapa buah kedai kecil lagi yang berada sekitar 3 kilometer premisnya.

Memang kedai dan pengedar besar mula mengurangkan pesanan novel. Tetapi buku-buku lain juga menurun pesanan mereka. Ini adalah masalah pengurusan mereka, bukannya masalah pembeli.

Dalam waktu yang sama, ada banyak kedai-kedai baru yang meningkatkan pesanan. Mungkin kerana mereka kecil dan berada hampir dengan kawasan perumahan dan juga bandar-bandar kecil, mereka mudah dikunjungi oleh pembeli. (Ini ciri 'guerilla marketing')

DARI SUDUT pandangan mata burung, kelembapan pesanan dan jualan pengedar dan kedai besar ini adalah proses pembetulan di antara pesanan dan jualan serta (maaf) unsur ketamakan dan kegelojohan mereka sendiri.

Kini sebahagian dari pengedar sudah mula membuat pesanan 'back to back' iaitu pesanan berdasarkan kehendak, bukannya pesanan untuk membuat stok agar rakan pengedar lain tak dapat stok dari penerbit.

Kedai-kedai pun dah mula kena kerja kuat sedikit untuk promosi buku dengan mengadakan diskaun. (Kalau mereka tak minta diskaun besar-besar, penerbit pun boleh jual buku dengan harga yang lebih murah).

DARI SEGI tabiat membeli pelanggan, minat mereka masih tak berkurang. Seperti makanan, bahan bacaan termasuk novel adalah santapan minda. Mereka masih tetap membeli.

Mereka bukannya membeli kerana orang kata sesebuah buku itu bagus. Mereka membeli kerana mereka sudah kenal penulis, penerbit dan isi tulisan-tulisan yang berkualiti.

PENDEKATA, mereka memilih bahan bacaan yang berkualiti kerana mereka adalah pembaca yang berkualiti! Inilah golongan yang disukai oleh penerbit dan para penulis sendiri.

Sekian.

Selamat datang kepada
Jemariseni Publishing.

 
At 6:46 PM, Blogger ibnurabi Berkata ...

Pasaran novel sekarang memang agak perlahan berbanding sebelum ini. Yang bertahan buku oleh penulis yang sudah punya nama & punya peminat. Kadang-kadang penulis yang sudah punya nama juga mengalami nasib yang sama. Pembaca sekarang semakin bijak menilai kerana mereka membaca & berfikir. Ada di kalangan pembaca yang merungut, "novel sekarang ceritanya semua sama sahaja jalan ceritanya. Tak ubah macam cerita Hindustan".

Persoalan adakah novel akan jadi macam filem atau tele-movie, satu ketika dulu ramai minat cerita Hindustan sampai hafal semua lagu dan nama pelakonnya. Kemudian era cerita Jepun, sekarang filem daripada Korea pula. Adakah ini nasib novel B.Melayu? Sesuatu perlu difikir & dilakukan.

Pembaca mahu sesuatu yang segar. Ini kerana mereka sudah banyak membaca buku. Contohnya kalau ada kesempatan untuk berada di kedai-kedai buku khas di bahagian Novel B.Melayu, ramai pembelinya kalangan remaja tidak kira awal remaja atau akhir-akhir remaja. Dalam usia semuda mereka sudah punya cita rasa sendiri berkenaan apa yang ingin mereka baca. Komen yang selalu saya dengar ialah " buku nie best cerita dia, lain sikit dari yang lain. buku ni aku dah baca, boring cerita, dia sama macam buku yang satu tu, rugi je beli. aku minat penulis ni sebab cerita best. eh..buku baru, penulis baru..tapi cerita tak bestlah. atau eh..buku & penulis baru, ceritanya lain sikit best pulak tu". Inilah yang selalu saya dengar ulasan daripada pembaca kalangan pelajar sekolah.

Mereka sudah pandai menilai. Saya pun adalah sikit-sikit baca novel dan buku-buku lain. Sifat seseorang akan mencari sesuatu kelainan ( atau yang lebih menarik) terhadap apa yang bacanya, saya pun tergolong dalam kumpulan ini, rasanya. Banyak novel yang saya baca cerita hampir sama. Apabila membaca beberapa bab pertama, sudah boleh diagak penutupnya macam mana. Tak perlu dibaca seluruh buku, cukup beberapa bab pertama, tengah dan beberapa muka surat terakhir.

Buku cerita adalah satu yang penuh emosi, pada pendapat saya. Apabila membaca, pembaca itu sendiri akan masuk menjadi penonton kepada apa yang dibacanya, kadang-kadang pembaca juga akan jadi pelakon secara tidak langsung. Umpama menonton filem. Illustrasi perbuatan digambarkan dengan susunan perkataan. Jika susunan perkataan mampu mengguasai emosi pembacanya, buku itu akan terus menontonnya (membaca). Komennya buku itu menarik atau sangat menyentuh perasaan atau tidak dapat dilepaskan.

Kembali kepada sambutan 'sejuk' terhadap novel Melayu sekarang. Apa yang saya lihat kita agak kebanjiran dengan buku Novel. Genre nya hampir sama. Kurang kelainan. Berlainan dengan novel Inggeris. Walaupun banyak novel baru tetapi kelainan jelas. Sebagai contohnya novel Romance atau Cinta, mereka ada Historical Romance, Contemporary Romance, Futuristic & Fantasy Romance, Crime & Mystery Romance dan sebagainya. Apa yang mendapat sambutan kini ialah crime & mystery romance, selain penulis yang sudah punya nama. Manakala untuk Thriller pula ada Legal, Medical, Techno, Historical atau factorial. Yang 'hit' sekarang Thriller yang berdasarkan fakta atau factorial misalnya oleh Dan Brown, Steve Berry, Kate Mosse dan banyak lagi.

Novel Melayu pembentuk cerita sama cinta, sayang, kasih, susah, kahwin cerai, gembira atau sedih. Penutupnya ada gembira, sedih, tanda tanya atau akan disambung semula.

Memang ada novel yang ada kelainan cuma tidak banyak. Dan tidak salah ada novel ceritanya sama, cuma mungkin cara bercerita perlu ikut selera baru.

Dulu makan pizza biasa saja sekarang pizza ada lebih cheese dan lebih lagi aksesori lain. Roti canai pun ada banyak jenis roti, dulu cuma ada roti kosong & telur sekarang ada roti tisu, roti aiskrim, roti cheese dan sebagainya.

Penggemar mahu suatu kelainan yang menarik. Ini kerana mereka membaca bukan hanya terpaksa atau dipaksa membaca.

 
At 7:27 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya sangat tertarik dengan komen Ustaz (?) Ibnurabi tentang pelbagai subkategori novel-novel cinta dan thiller. Maklumat itu membuka mata saya.

 
At 7:37 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya setuju dengan pendapat Alifin yang mengatakan jualan novel lebih baik di kedai-kedai kecil kalau dibandingkan dengan kedai besar. Mungkin cara pengedaran yang dilakukan oleh pengedar besar juga patut berubah. Jangan hanya mahu mengedar di kedai-kedai besar sahaja, kerana ramai pembaca di luar sana yang lebih senang untuk ke kedai buku yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Mungkin juga penerbit-penerbit patut bekerjasama dengan pengedar-pengedar yang baru, yang bersemangat baru dan agresif untuk dapatkan penjualan buku yang lebih baik.

Saya juga sokong sangat dengan pendapat ibnurabi. Novel kita patut ada kelainan agar pembaca tidak bosan membaca. Memang tepat apa yang dikatakan beliau, terlalu banyak novel cinta yang temanya lebih kurang sama sahaja. Penulis patut cuba mencari kelainan dalam penulisan mereka sekalipun mahu menulis cerita cinta.

Betul tu... walaupun kita suka pada makanan yang itu, tapi kalau asyik sama sahaja rasanya, tentu kita akan bosan! Kita mahu cari kelainan... kerana tekak kita pun mula berasa muak kalau itu sahaja yang kita sumbat!

 
At 7:39 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Novel2 cinta karya pengarang2 perempuan Melayu temanya 1 saja, kalau bukan 2 lelaki mengejar dan berebut2 1 perempuan, pastilah 2 perempuan mengejar dan berebut2 1 lelaki, ataupun, kalau bukan 1 lelaki terconfuse oleh 2 perempuan, pastilah 1 perempuan terconfuse oleh 2 lelaki. Ekekeke... Bodohnya otak2 pengarang novel cinta Melayu.... dan otak2 pembaca novel cinta Melayu! Ekekeke....

 
At 6:59 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Laporan Puan Ainon bahawa pengarang novel cinta yang bertahan adalah pengarang lama dan sudah banyak peminat memang betul. Mereka itu semuanya berumur lebih 40 tahun, ada yang sudah lebih 50 tahun.

Tapi sekarang tema novel cinta tidak berkembang disebabkan semakin hari semakin ramai penulis yang masih muda dan mentah, tapi sudah menulis novel, masih anak dara, baru keluar dari alam kampung, dia sendiri belum bercinta kecuali cinta monyet di sekolah, belum berkahwin apatah lagi pernah bercerai, bermadu... tapi tulis persoalan cinta, kisah mak mentua, perkahwinan dan perceraian.

Mereka tidak membaca karya falsafah seni, tak tahu teori2 sastera, buku sejarah yg dia tahu cuma buku teks sekolah, buku-buku lain pun tak baca, cuma tengok akademi fantasia, tengok telenovela, cerita Hindustan, baca gosip majalah hiburan dan novel2 cinta Melayu.

Mereka tidak luas pergaulan, cuma berkawan dengan manusia yang sama macam dirinya, tidak kenal ramai jenis manusia, tidak berkawan dengan golongan cerdik pandai dan profesional.... tapi tulis cerita yang ada watak jurutera, doktor, peguam, bisnesman.

Mereka tidak masuk mana-mana persatuan penulis, pergi seminar sastera pun tak pernah, yang dinamakan perpustakaan peribadi pun tak ada, pergi kuliah agama pun tidak, jangankan membaca Sahih Bukhari. Ada pengarang novel cinta cuma masuk kedai buku mamak sebab nak membeli novel cinta, tak pernah masuk Pustaka Indonesia, Kinokuniya, Borders, MPH. Ada yang pesta buku pun tak pernah pergi!

Melancong keluar negeri pun mereka tak pernah, umrah belum buat, masuk wad hospital pun belum pernah, tidur dalam hotel 5 bintang pun tak pernah, masuk disko pun ta pernah, memandu 4-wheel drive pun tak pernah.

Masuk butik Armani pun mereka tak pernah, minum kopi di Starbucks pun tak pernah, naik kapalterbang pun ada yang belum pernah, kad kredit pun tak ada, borang akaun overdraf pun tak pernah tengok..... tapi tulis novel yang ada watak lelaki kaya, ada dato', ada playboy!

Ikut demo menentang Israel pun tak pernah, masuk Sahabat Alam pun tidak, membaca Al-Jazeera on-line pun tidak, menjejakkan kaki masuk mahkamah tengok macam mana sesi perbicaraan dijalankan pun tak pernah, tengok Formula-1 pun tidak, apatah lagi masuk bilik lokap balai polis.

Apa yang nak diharapkan dari pengarang2 yang macam itu? Input is equal to output. Apa yang masuk itu yang keluar. Sampah masuk otak mereka, sampah jugalah yang keluar dari otak mereka.

Kalau tema novel2 cinta Melayu bodoh lagi membodohkan, semuanya datang dari otak2 penulis yang masih mentah, masih naif, masih bodoh.

Tapi yang lebih bodoh adalah penerbit2 yang bodoh, yang tamak, tengok orang lain jual novel cinta berpuluh2 ribu naskhah, dia pun ikut jadi penerbit novel cinta.

Penerbit2 bodoh itu bukan penerbit tulen. Tak pernah tahu dunia novel. Baca buku pun tidak, tapi nak jadi penerbit.

Mereka inilah yang sebenarnya merosakkan pasaran novel cinta sekarang. Mereka terbitkan novel2 yang dibakulsampahkan oleh penerbit besar. Mereka termakan cakap2 pengarang2 bodoh itu yang hendak sangat novel bodoh mereka itu diterbitkan. Itu sebab penerbit2 itu sebenar2nya memang terlebih bodoh dari pengarang2 bodoh itu.

 
At 9:01 AM, Blogger alifin Berkata ...

KATA IBNURABI:
"Mereka sudah pandai menilai. Saya pun adalah sikit-sikit baca novel dan buku-buku lain. Sifat seseorang akan mencari sesuatu kelainan..."

BAGUS sangat andainya pembaca menilai novel yang terbaik atau yang ada kelainan. Lantas mereka meninggalkan novel-novel cinta yang simplistik lalu menggagau ke novel-novel yang lebih kompleks. Asalkan tabiat membaca yang telah mereka anuti itu berterusan dan tidak terhenti, itu sudah cukup baik.

KATA IBNURABI LAGI...
"Walaupun banyak novel baru tetapi kelainan jelas. Sebagai contohnya novel Romance atau Cinta, mereka ada Historical Romance, Contemporary Romance, Futuristic & Fantasy Romance, Crime & Mystery Romance dan sebagainya."

KITA ada Ramlee Awang Murshid untuk Crime & Mystery Romance, Norzailina Nordin untuk Historical Romance dan H.M Tuah Iskandar untuk Futuristic & Fantasy Romance. Kita ada Faisal Tehrani, Zaid Akhtar, Salina Ibrahim dan Nisah Haron dan beberapa nama lagi. Penerbit pun ternanti-nanti karya-karya unik dari kelompok yang berminda seperti mereka dan ingin menerbitkannya.

BURUNG HANTU kata:
"Mungkin juga penerbit-penerbit patut bekerjasama dengan pengedar-pengedar yang baru, yang bersemangat baru dan agresif untuk dapatkan penjualan buku yang lebih baik."

SEMEMANGNYA para penerbit kini telah menemui dan ditemui oleh pengedar-pengedar baru yang menggunakan pendekatan moden. Mereka bukan sahaja letak buku di kedai-kedai dan tinggalkan sahaja, malah mereka mengumpul maklumat terkini ~ trend pembaca. Dan mereka peka dengan kerenah tauke kedai agar kutipan dapat dibuat mengikut tempoh kredit. (Contoh, auta ialah menulis 30 Februari 2006 di atas ruang tarikh cek).

MR. LOVE KATA...
"Mereka itu(penulis) semuanya berumur lebih 40 tahun, ada yang sudah lebih 50 tahun."

"Tapi sekarang tema novel cinta tidak berkembang disebabkan semakin hari semakin ramai penulis yang masih muda dan mentah..."

SAYA amat bersetuju bahawa penulis yang lebih berusia akan dapat menulis dengan lebih baik kerana ada banyak pengalaman. Dalam pada itu, ada juga penulis muda yang boleh menulis dengan baik kerana pandai membuat penyelidikan yang tepat dan memilih bahan-bahan yang berisi.

Dalam pada itu, terlalu ramai penulis muda yang mentah dalam serba-serbi kerana 'world-view' yang kecil. Sebaliknya ada juga penulis yang berusia menulis dengan bahasa 50an, dengan ejaan lama kerana 'world-view'nya tidak berganjak dari zaman mudanya.

Apa pun, penulis perlu bukan sahaja membaca karya orang lain tetapi banyak membaca buku-buku mengenai 'Cara & Teknik Menulis.'

ALIFIN

 
At 10:37 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Adapun salah satu tanggungjawab pengarang adalah memandaikan pembacanya. Jika pengarang sendiri tidak memandaikan dirinya terkebih dahulu melalui pembacaan berkualiti, menghadiri majlis ilmu dan berguru kepada orang yang berilmu, membuat kajian dan penyelidikan, justeru apa yang berlaku adalah si pengarang akan memperbodohkan pembacanya dengan menghidangkan jalan cerita yang tidak logik, plot basi dan bahasa klise. Semakin banyak membaca novel2 cinta semakin bodoh jadinya otak dan pemikiran si pembaca.

Yang dikatakan historical romance itu pastilah karya yang mengandungi detail fakta-fakta sejarah yang betul, bermakna pengarang membuat pembacaan dan penyelidikan terlebih dahulu dalam selok-belok sejarah yang dijadikan latar percintaan itu. Di sinilah kelemahan perempuan sebagai pengarang, mereka tidak seperti lelaki yang lebih luas pengetahuan dan percampurannya. Perempuan membuat penyelidikan untuk buat tesis sahaja, ataupun jika profesioannya mewajibkan akan hal itu. Selepas dapat ijazah berapa banyak perempuan yang tidak pernah membaca buku sama sekali, jangankan pulak masuk library, arkib dan muzium, masuk kedai buku pun sekadar membelikan buku ulangkaji anak yang akan masuk peperiksaan UPSR. Sesiapa yang suka pergi ke kedai buku besar seperti MPH dan Kinokuniya bolehlah membuat kajian rambang berapa banyak perempuan mengeluarkan kad kredit mereka untuk membeli buku-buku bermutukan ilmu. Tarrak! Apa hairannya jika majoriti pengarang perempuan menulis novel2 cinta taraf sampah! Tebal tapi hampeh! Penuh dengan cerita2 dalam seluar dan tepi kain orang. Kalau sudah perempuan tak habis2 dengan sifat suka nak tahu kisah2 dalam kain dan seluar orang lain. Tengok majalah pun suka tengok gambar katil2 dan jamban2 orang lain. Yang ada ijazah dengan yang tidak ada ijazah perangai serupa sahaja. Jadi janganlah hairan ada pensyarah universiti perempuan baca novel hampeh! Konon atas alasan relaks minda, janganlah nak bohong, memang mentaliti budaya perempuan Melayu kampung tak mudah hilang walaupun dah ada PHD, suka duduk di tangga sambil cari kutu sambil bercerita hal rumahtangga orang lain... cuma sekarang tak cari kutu!

 
At 12:58 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Asalamualaikum wbkth. Sekadar mengingatkan, jika apa yang ditulis dalam novel2 cinta itu membawa kebaikan kepada pembaca, di mana karya itu menyebabkan pembaca semakin takut kepada Allah dan semakin menjauhi dosa2 yang selalu dilakukan oleh pasangan yang bercinta di zaman sekarang, dan mereka semakin menjaga kesucian dirinya sebagai persediaan menjadi suami-isteri yang soleh dan solehah, maka banyaklah pahala yang dijanjikan kepada si penulis, si editor dan si penerbitnya, dan balasannya adalah syurga. Jika cerita dan isi kandungan dan ayat2 serta dialog dalam novel cinta itu menyebabkan pembaca, terutamanya remaja perempuan yang menjadi sebahagian besar peminat novel cinta, semakin membaca semakin mereka teringin dan berangan2 hendak menikmati manisnya bercinta dan terbayang2 bilakah dia akan berpeluang melakukan maksiat yang selalu dilakukan oleh pasangan yang bercinta, seperti berdating, bermesra-mesraan, berpegangan tangan, bersunyi-sunyian, berpelukan, berdakapan, bercumbuan, berciuman, maka setiap huruf yang ditulis, diedit dan diterbitkan itu membawa dosa dan balasannya adalah api neraka.

Setiap perbuatan, biar sekecil biji sawi sekalipun tetap sudah disediakan balasannya. Jangan sekali-kali yakin wang royalti berpuluh2 ribu yang diterima itu tanda sesuatu karya itu baik, dan ia kononnya bukti kejayaan sebagai novelis, jangan2 wang itu adalah kayu api yang akan membakar si penulis, si editor dan si penerbitnya dalam neraka nanti.

 
At 2:28 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kpd Ustazah Ummu Habibah, kalau nak buat buku suruh remaja takut Allah, caranya bukan dengan menulis novel cinta. Tapi tulislah buku cerita2 dari al-Quran dan cerita2 apa yang Nabi nampak sedang berlaku dalam nereka semasa Isra'.

 
At 2:52 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Cik Siti Tanjung ooi! Kalau awak tak tahu sastera, baik jangan bercakap tentang sastera. Cukuplah dengan jadi pembeli dan pembaca sahaja! Bukankah ulamak besar HAMKA menulis "Di Bawah Lindungan Kaabah" dan "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" 2 novel cinta yang kekal diminati sehingga hari ini?

 
At 4:56 PM, Blogger lanun darat Berkata ...

menarik artikel dan komen yang diberikan. ada yang benar, ada yang berat sebelah dan ada yang terlalu emosional.

ada yg aku setuju, ada yang aku tak setuju.

kalau dah macam tuh, ayuh...apa tunggu lagi. Siapa yang mengaku boleh hasilkan karya bermutu setanding penulis luar negara, sambutlah cabaran ini. jangan hanya pandai berkata-kata bak mengetuk tong yang kosong. bunyi saja kuat, isi tarrraaakkkk!

 
At 5:54 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

semua orang pakai baju & boleh komen baju yang ni bagus, yang tu tak bagus atau old fesyen. Tapi hanya beberapa orang saja yang pandai buat baju. Kerana kita semua pakai baju.

semua orang pandai makan & pandai kritik masakan orang tapi hanya beberapa orang saja yang pandai masak. kerana kita semua makan.

semua orang pandai kritik tulisan(buku) orang tapi hanya beberapa orang saja yang boleh menulis (buku). kerana kita semua baca buku.

Tapi kritikan ni bagus jugak, sebab kita taklah masuk bakul angkat diri sendiri. kurang-kurang kita tau apa kurang & apa lebih.

'untuk mengetahui apa kelemahan kita paling bagus dapat pendapat musuh kita. sebab dia tau mana nak serang.' sebab kalau mintak pendapat kawan saja, semuanya bagus tak kelemahan.

 
At 12:39 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

jangan disebabkan beberapa novel Melayu yang kurang menarik ini, semua novel lain jadi mangsa.

Sesetengah orang amat mudah memberi kesimpulan. Orang bukan Melayu pun mudah saja menerimanya.

disebabkan beberapa yang tak bagus semua novel Melayu akan jatuh taraf malah buku Melayu pun akan terasa tempiasnya. ambil ikhtibar daripada sejarah.

 
At 2:54 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 3:02 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Maaf kepada Anonymous di atas, saya delete komen anda.

 
At 10:51 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

tun teja

kepada novelis melayu hanya memberikan tumpuan kepada jalan cerita yang lebih kepada cinta. tak ada cerita lain ke. asyik cinta sahaje. buatla novel yang membuka minda macam novel dari barat.

 
At 10:15 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

novel cinta pun boleh membuka minda andai diolah dengan cara mengupas minda, cerita 'membuka minda' pun boleh merosakkan andai kata cara pembawakannya tidak betul. kena banyak p kursus,seminar dan simposium kerana 'coaching' dan 'peer effect' penting dan lebih efektif dari pembacaan dan taakulan sendirian semata2 yg boleh menyebabkan hasil syok sendiri. sekian pandanganku yang rabun

 
At 6:47 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Cik Akira, dah beratus2 novel cinta diterbitkan Alaf 21 dan Creative tapi belum ada yg membuka minda sebab ditulis orang2 yg mindanya pun tak lebih baik dari yg membaca. Balik2 cerita perempuan jadi bodoh disebabkan lelaki, jadi mangsa lelaki, bermusuh sesama perempuan sebab lelaki, perempuan bingung tak tahu nak pilih lelaki yg mana yg dia hendak, tolonglah.....

 

Post a Comment

<< Home