Friday, August 05, 2005

Apa itu Tradebook?

PTS adalah sebuah penerbit tradebooks dan, buku-buku teks universiti dan buku-buku profesional, tetapi ia lebih dikenali sebagai penerbit tradebooks.

Istilah 'tradebooks' digunakan bagi kategori buku-buku yang khusus diterbitkan untuk dijual melalui kedai-kedai buku bagi bacaan orang awam. Jadi apabila saudara masuk ke dalam kedai-kedai MPH, semua buku yang dipamerkan dalam kedai itu adalah dari kategori tradebook.

Tradebooks yang ditujukan kepada golongan profesional ditulis menggunakan gaya bahasa non-teknikal dan rekabentuknya juga dibuat supaya mudah dibaca bagi golongan profesional yang tidak terlatih dalam bidang berkenaan.

Sebagai contoh, buku-buku pengurusan yang akan dibaca oleh pengurus-pengurus yang datang daripada bidang bukan pengurusan tidak boleh menggunakan terlalu banyak istilah-istilah teknikal bidang pengurusan.


Buku-buku akademik dipasarkan melalui kedai-kedai buku koperasi di institusi-institusi pengajian tinggi. Jadi buku-buku yang digunakan oleh pelajar IPT tidak dijual di kedai-kedai buku awam, kecuali di superstor buku yang menyediakan ruang khas bagi buku-buku teknikal yang popular, seperti buku-buku berkenaan perisian komputer.