Buku untuk Pasaran Sekolah
Jika saudara hendak buku saudara memasuki pasaran sekolah, itu adalah matlamat yang baik dari sudut bisnes penerbitan.
Pada masa ini ada sekitar 10 ribu buah sekolah, masing-masing mempunyai perpustakaan. Bagi setiap kepala murid kementerian pelajaran memperuntukkan RM15 bagi pembelian buku murid. Wang peruntukan itu dihantar ke setiap sekolah dan terpulang kepada sekolah memilih buku yang dibeli. Inilah sebabnya jika saudara hendak terus menjual buku-buku saudara ke sekolah, saudara perlu mempunyai pasukan jurujual khusus untuk pergi dari sekolah ke sekolah. Jika tidak, saudara boleh menggunakan para pengedar buku yang bergiat dalam sektor sekolah, ini bermakna margin saudara akan jatuh merudum disebabkan mereka meminta diskaun yang amat opresif kepada penerbit kecil.
Sekolah juga membeli buku-buku untuk kegunaan guru. Selain daripada itu guru-guru kaunselor dan guru-guru pusat sumber diberi peruntukan berasingan bagi pembelian buku yang mereka perlukan.
Beberapa perkara penting yang perlu ada pada buku-buku untuk pasaran sekolah adalah:
Sistem ejaan mestilah mematuhi peraturan sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tatabahasanya hendak mematuhi Tatabahasa Dewan.
Pilihan huruf dan saiz font hendaklah mematuhi panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran.
Tidak boleh ada sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai menghina mana-mana kaum, agama dan kebudayaan masyarakat negara ini.
Tidak boleh mengandungi unsur-unsur lucah ataupun yang bertentangan dengan kepentingan perpaduan masyarakat.
Sebaik-baiknya buku itu membantu keberkesanan pengajaran mata-mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.
Harga jualannya hendaklah sesuai dengan kemampuan sekolah ataupun ibu bapa.
Ciri-ciri fizikal buku hendaklah mematuhi garis panduan pembelian buku yang digunakan oleh Perpustakaan Negara.
Setiap tahun Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) menilai buku-buku yang akan disyorkan kepada sekolah-sekolah supaya dibeli untuk perpustakaan. Senarai buku yang lulus penilaian itu dihantar ke semua sekolah. Setiap penerbit yang mahu bukunya dimasukkan ke dalam senarai itu dikehendaki menghantar naskhah-naskhah contoh ke BBT, dan bagi setiap judul itu dikenakan yuran.
Itulah antara perkara-perkara asas yang mesti ada pada buku-buku yang hendak dipasarkan ke sekolah.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home