Tuesday, August 09, 2005

Kulit Novel Cinta

Jika saudara baru hendak belajar menerbitkan buku, saudara lazimnya mempunyai satu syarat sahaja berkenaan ciri kulit buku yang baik: kulit buku mesti cantik.


Syarat CANTIK tidak cukup. Cantik di mata siapa?


Perempuan mementingkan kulit buku yang cantik. Inilah faktor yang menyebabkan penerbit-penerbit seperti Alaf21 dan Creative melaburkan wang yang banyak bagi mendapatkan lukisan-lukisan yang cantik untuk kulit novel-novel terbitan mereka. Lukisan-lukisan itu dipilih daripada karya pelukis-pelukis luar yang membekalkan karya-karya mereka kepada penerbit-penerbit novel.


Empat buah penerbit utama novel adalah Creative, Alaf21, Utusan dan Rythm. Kemudian muncul penerbit kecil yang tertarik menceburi penerbitan novel disebabkan mendengar cerita-cerita berkenaan larisnya novel-novel cinta. Kita dapat lihat kualiti dan perwajahan terbitan mereka mirip-mirip wajah terbitan 4 pemain utama itu disebabkan mereka menggunakan pelukis-pelukis yang sama.


Barangkali amalan ini adalah strategi bisnes penerbit-penerbit baru yang cuba memasuki pasaran Alaf21 dan Creative. Dengan menggunakan wajah kulit yang serupa, mereka mengharapkan mereka dapat menarik perhatian pembeli yang sama.



1 Komen :

At 2:15 PM, Blogger ibnurabi Berkata ...

Sebelum kita terjun ke sungai yang arusnya deras. Persediaan amat penting mental dan fizikalnya. Jika tidak kita boleh lemah sebelum terjun lagi.

 

Post a Comment

<< Home