99 Peratus Ditolak Penerbit
Di Eropah dan di Amerika, 99 peratus manuskrip yang dihantar ke penerbit ditolak oleh penerbit atas berbagai alasan. Di Malaysia pun keadaannya lebih kurang begitu.
Berikut adalah beberapa faktor mengapa manuskrip saudara ditolak:
Kualiti manuskrip rendah.
Topik-topik dalam manuskrip itu bukan topik-topik yang dicari oleh pembaca.
Tema dalam manuskrip itu tidak selaras dengan program penerbitan si penerbit.
Penerbit-penerbit yang berjaya dalam pasaran mempunyai “FORMULA” bagi buku-buku mereka. Saudara perlu menulis mengikut formula penerbit saudara.
Alaf21 mempunyai formula sendiri bagi novel-novel cinta remaja terbitannya. Begitu juga penerbit Creatif bagi novel-novel yang diterbitkannya. Itu sebab novel-novel yang diterbitkan oleh kedua-dua gergasi itu mempunyai identiti sendiri.
Bagimanakah caranya saudara dapat mengetahui formula sesebuah penerbit itu?
Bagi mengetahui formula kejayaan novel-novel Alaf21, baca novel-novel Alaf21 dengan sikap mahu membuat analisis kandungannya. Daripada analisis itu saudara mendapat formula itu. Tulislah novel saudara menggunakan formula tersebut.
Sesetengah penerbit mewajibkan penulis menghadiri kursus dan taklimat yang diadakannya supaya saudara diberi penerangan jelas berkenaan formula yang mereka gunakan. Hadirilah kursus dan taklimat-taklimat itu.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home