Novel Cinta Remaja: Rahsia Survival Alaf21
Kejayaan penerbit Alaf21 sebagai penerbit novel-novel cinta remaja mendorong penerbit lain seperti Rythm dan Utusan turut menceburkan diri dalam sektor novel cinta. Sebelumnya, Rythm dan Utusan adalah penerbit novel-novel bertaraf sastera sahaja. Kedua-duanya menggunakan wajah kulit dan saiz fizikal yang menyerupai novel-novel terbitan Alaf21.
Penerbit Times, yang sebelumnya tidak pernah menerbitkan novel cinta, juga ikut terjun. Kemudian muncul banyak penerbit kecil-kecil yang tidak terkenal ikut sama menerbitkan novel-novel cinta remaja, seperti penerbit NZ. Sebelum NZ memasuki bisnes novel cinta dengan menerbitkan “Terima Kasih, Kekasih” karya Norhayati Berahim, adalah operator restoran mamak yang amat berjaya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Mereka semua meniru wajah dan saiz novel-novel Alaf21.
Dengan kemunculan begitu banyak pesaing dalam pasaran novel cinta, bagimanakah Alaf21 dapat terus bertahan?
Salah satu senjata kejayaan novel-novel cinta Alaf21 dalam pasaran adalah harga jualannya yang rendah, iaitu sekitar RM12 – RM14 sahaja walaupun novel-novel itu setebal 300 halaman.
Alaf21 dapat menjual pada harga serendah itu disebabkan 4 faktor utama:
Walaupun harga jualan novel Alaf21 rendah, dan margin keuntungannya rendah, tetapi dengan menjual 30 naskhah, jumlah keuntungan per judul, tetap besar. Jika saudara menjadi penerbit novel cinta dan mencetak novel saudara sebanyak 5 ribu naskhah sekalipun, saudara tidak mempunyai keupayaan mengiklankan novel-novel terbitan saudara sebagaimana halnya dengan Alaf21. Jika saudara membeli ruang iklan dalam akhbar ataupun majalah, saudara terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi, yang menaikkan lagi harga jualan novel saudara.
Kumpulan Karangkraf menyediakan mesin cetak khusus untuk mencetak novel-novel Alaf21. Ini menyebabkan kos cetakan novel-novel Alaf21 rendah. Jika saudara menerbitkan novel cinta, saudara terpaksa menggunakan perkAlaf21 mencetak sekurang-kurangnya 30 ribu naskhah bagi setiap novelnya. Sesetengah novelnya dicetak 50 ribu naskhah. Kos mencetak turun apabila jumlah cetakan naik. Ini bermakna jika saudara mencetak 5 ribu naskhah, kos cetakan saudara tinggi, akibatnya saudara terpaksa menaikkan harga jualan. Faktor ini sudah cukup bagi menyebabkan novel saudara lebih mahal daripada novel-novel Alaf21.
Alaf21 adalah anak syarikat milik penuh Kumpulan Karangkraf, penerbit majalah terbesar di negara ini. Setiap bulan Karangkaraf menerbitkan 34 buah majalah dan akhbar tabloid. Alaf21 dapat menjual 30 ribu naskhah bagi setiap judul novelnya disebabkan novel-novel itu diiklankan melalui majalah-majalah Karangkraf. Jika saudara hendak membeli ruang iklan dalam akhbar untuk novel-novel terbitan saudara, kos saudara naik lebih tinggi.
Kumpulan Karangkraf membeli dan mengimpot kertas secara langsung dan secara besar-besaran daripada pekilang kertas. Ini menyebabkan Alaf21 dapat menjimatkan kos pembelian kertas, sekaligus kos percetakan. Jika saudara penerbit kecil, saudara terpaksa membeli kertas daripada pencetak, di mana pencetak sudah mengambil sedikit keuntungan.
Novel cinta remaja tidak dapat dijual pada harga tinggi disebabkan ia dibeli oleh remaja dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa mereka. Ini berlainan dengan novel-novel serius yang dibeli oleh pembaca yang sudah mempunyai pendapatan sendiri.
Walaupun Alaf21 berdepan dengan ramai pesaing, ia dapat bertahan disebabkan kos penerbitan dan pengiklanannya lebih murah berbanding dengan apa yang ditanggung oleh penerbit-penerbit lain. Dengan demikian novel-novel Alaf21 dapat dijual dengan harga yang amat kompetatif.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home