Penulis akan Dipaksa Ikat Kontrak dengan Penerbit?
Gosip terbaru dalam dunia penerbitan buku bunyinya begini: Ada sebuah penerbit besar yang berura-ura hendak mengenakan syarat kepada penulis yang mahu menerbitkan karyanya dengan penerbit itu supaya menandatangani kontrak eksklusif.
Senang cakap beginilah: Kalau saudara hendak menerbitkan novel saudara dengan Penerbit ABC, saudara hendaklah menandatangani perjanjian di mana selama 5 tahun saudara tidak boleh menerbitkan karya saudara dengan mana-mana penerbit lain.
Kontrak eksklusif ini menyerupai kontrak yang diamalkan oleh penerbit-penerbit muzik.
Sebagai penulis, apa pendapat saudara?
2 Komen :
Pandangan saya:
PROS
=====
jika penerbit besar, boleh beri keuntungan kepada kedua-dua pihak.
Jika dipraktikkan secara bagus, penerbit boleh mempromosi penulis dan produknya dgn lebih hebat kerana tiada clash of interest dgn penerbit lain. Ini juga boleh memberi lebih keuntungan kepada penulis. It's like spoke person utk kampeni cam Pierce Brosnan utk jam Omega, Michael Schumacher utk Ferrari etc....
CONS
=====
Jike penerbit kecil, kemungkinan merana si penulis, jika rancangan tak berjln spt dijangka. Risiko penulis, mungkin sama spt artis.
Jika dipraktikkan, mungkin lebih banyak kes saman-menyaman timbul hasil rasa tidak puas hati. Rasa hilang kebebasan kepada penulis yang sebelum ni sudah biasa dgn lifestyle yg agak 'freedom'.
Saya sokong pandangan sdr Vrempire. Memang betul, kalau penulis besar, apa yang hendak ditakutkan? Mungkin mereka tidak takut jika ada yang menyaman, tetapi rata-rata penerbit besar akan menjaga dengan baik penulis yang membantu menambahkan kekayaan mereka. Sebagai penulis pula, lima tahun rezeki tetap, apa pula nak difikirkan? Buku pula sentiasa dipasarkan. Janji royalti dibayar seperti di dalam agreement.
Post a Comment
<< Home