Sunday, June 03, 2007

Hero dalam Teori Surah Yusuf

Dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, berikut adalah ciri-ciri 'hero' cerita:

(1) Hero itu lelaki

Apabila hero cerita adalah lelaki, baik perempuan mahupun lelaki mahu membacanya. Jadi, pasaran karya itu luas. Cerita Cinderella ataupun Siti Zubaidah hanya dibaca oleh perempuan.

Apabila cerita itu dijadikan filem ataupun siri TV, cerita itu dapat ditargetkan kepada penonton lelaki dan perempuan. Filem dan siri TV di mana heronya perempuan hanya ditonton oleh khalayak perempuan.

(2) Hero itu lelaki yang memiliki ciri-ciri akhlak yang ideal

Teori surah Yusuf menolak cerita yang menjadikan seseorang yang akhlaknya buruk sebagai hero. Perbuatan itu memberikan kemenangan moral kepada pedosa. Watak jahat boleh dijadikan hero dengan syarat dia akhirnya insaf akan kesalahannya.

Sastera tidak boleh memberi gambaran "Menjadi orang baik tidak berbaloi".

(3) Hero itu lelaki muda

Kisah Nabi Yusuf ditamatkan sebelum beliau tua!

Cuba saudara fikirkan apa kelebihan hero lelaki muda, dan apa kelemahan hero lelaki tua?...