Friday, July 21, 2006

Sayembara Nobel Sejarah

Hadiah sayembara nobel sejarah (SNS) anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) adalah pertama RM35k, kedua RM 25k, dan ketiga RM15 dan 3 hadiah saguhati RM5k setiap satu. Sayembara ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Berikut adalah maklumat penting bagi saudara yang berminat menyertai sayembara ini.

1. Novel itu hendaklah tentang sejarah negeri Johor, baik sejarah Johor lama mahupun sejarah Johor moden.

2. Semua maklumat sejarah mestilah tepat dari sudut sejarahnya, seperti tarikh, nama-nama orang, peristiwa dan lain-lain.

Satu lagi bengkel mungkin akan diadakan bagi mereka yang serius mahu menyertai bengkel bagi menerangkan dengan lebih jelas konsep novel sejarah yang dikehendaki oleh YWJ.

.

Thursday, July 20, 2006

Masuk Sayembara

Apabila saudara hendak masuk apa jua pertandingan mengarang cerpen, drama dan novel, siasat dahulu apakah ada syarat yang memaksa saudara menyerahkan hak penerbitan karya yang menang kepada si penganjur sampai bila-bila.

.

Menang Tapi Dilelong

Sewaktu kita rehat minum teh di bengkel penulisan novel sejarah, seorang peserta datang dan mecurahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah penerbit karya sastera dan hadiah-hadiah sastera yang terkenal (bukan DBP).

Novelnya yang pernah menang tempat kedua beberapa waktu duhulu sekarang sedang dijual lelong oleh si penerbit yang menganjurkan hadiah itu!

.

Novel Kisah Ibu Tunggal

Kita banyak menerima sinopsis cerita tentang penderitaan, perjuangan dan akhirnya kejayaan wanita-wanita yang menjadi ibu tunggal akibat perceraian, dan kita tolak sinopsis-sinopsis itu. Jika sinopsis itu adalah kisah ibu tunggal akibat kematian, kita boleh terima.

Membaca kisah-kisah kejayaan ibu tunggal akibat perceraian boleh mencipta risiko kesan negatif ke atas minda perempuan-perempuan yang membacanya.

Risikonya: Perempuan-perempuan yang banyak membaca novel-novel yang objektifnya adalah bagi membuktikan bahawa.....

bercerai itu 'ok',

jadi ibu tunggal itu 'ok',

tidak ada suami itu 'ok',

anak-anak dibesarkan tanpa ayah dalam rumah itu 'ok',

mudah dapat suami baru yang lebih baik,

kahwin kali kedua lebih bahagia,

hidup sebagai ibu tunggal boleh juga berjaya........

Dikhuatiri, akibatnya, lama-lama perempuan-perempuan yang banyak membaca cerita-cerita seperti itu boleh mendapat semacam rasa yakin dan berani hendak bercerai apabila mengalami masalah dengan suami.


.

Penulis Tidak Perlu Penerbit Lagi

Penerbit dan pengedar buku konvensional (seperti PTS) berdepan dengan cabaran terbaru dari teknologi publishing on demand yang membolehkan penulis mencetak dan menjual buku sendiri.

.

Wednesday, July 19, 2006

Kategori Buku Remaja Lelaki

Buku-buku kreatif:

  1. Novel sastera, bagi remaja lelaki yang membaca buku sastera.

  2. Cerita misteri dan penyiasatan

  3. Cerita seram dan alam ghaib

  4. Cerita pengembaraan

  5. Cerita seni pertahanan diri dan action

  6. Cerita thriller

  7. Cerita perang dan perisikan

  8. Fiksyen sains

  9. Cerita fantasi

  10. Games book seperti “Dungeon & Dragons”.



Buku-buku non-kreatif:

  1. Buku-buku panduan membuat robot, kapal terbang dll.

  2. Buku-buku DIY bagi perabot rumah

  3. Buku-buku panduan ujikaji sains yang mudah dan praktikal

  4. Buku-buku sejarah

  5. Buku-buku panduan survival

  6. Buku-buku tentang peralatan perang dan pelbagai mesin

  7. Buku kereta

  8. Buku-buku sukan (untuk sukan lelaki sahaja)


Nota: Terima kasih kepada Encik Ibnurabi kerana memberi maklumat ini.



Tuesday, July 18, 2006

Mesej Moral dalam Novel Remaja

Sebagai penulis, saudara pernah menuntut di kolej dan saudara melihat dengan mata saudara sendiri perkara-perkara berikut berlaku di mana rakan-rakan saudara terlibat dengan aktiviti:

1. Pergi ke disko
2. Mengambil syabu dan ecstacy
3. Di tangkap berkhalwat oleh pegawai keselamatan kolej dalam bilik tutorial kosong
4. Hamil
5. Bekerja part-time sebagai pelayan di kelab elit
6. Merokok
7. Hujung minggu tidur di bilik sewa boyfriend
8. Menjalin hubungan cinta dengan pensyarah yang sudah beristeri
9. Minum arak
10. Berjudi
11. Mencuri di asrama
12. Hidup dengan 2 wajah, di kolej pakai tudung, di luar buka tudung
13. Ada sugar-daddy ataupun sugar-mummy
14. Menipu bagi mendapatkan markah tinggi
15. Mengurat dan menggoda pensyarah bagi mendapatkan markah tinggi
16. Suka menukar dan mencuri boyfriend
17. Menipu duit orang
18. Panjat pagar
19. Berbohong kepada pegawai keselamatan
20. Tindik hidung
21. Cat rambut
22. Mengambil pil pencegah hamil
23. Membeli alat pencegah hamil kegunaan lelaki

Ada penulis yang berpandangan, perkara-perkara itu boleh diceritakan dalam novel-novel remaja dengan tujuan hendak memberikan pendidikan moral kepada pembaca remaja dengan menerangkan perbuatan-perbuatan negatif yang mesti mereka jauhi.

Apa pandangan saudara?


.

Buku Persandingan Siti-Dato' K

Adalah diramalkan buku yang mengandungi gambar-gambar persandingan Siti Nurhaliza dan Dato' K akan menjadi buku paling laris apabila ia diterbitkan nanti, mengatasi rekod jualan buku persandingan Erra-Yusri yang digosipkan laku lebih 100 ribu naskhah.

Apakah ciri-ciri buku jenis ini?

Buku-buku jenis ini amat singkat hayat pasarannya. Api yang cepat marak, cepat padam.

Jika saudara menulis buku berkenaan personaliti dan selebriti yang berkaitan dengan hiburan, jualan awal buku itu mungkin meletup tetapi ia tidak tahan lama dalam pasaran.

.