.
PRESIDEN: Pn. Ainon Mohd. Misi UPTS: Membantu saudara menulis, menterjemah, mengedit, menerbit, menjual dan mengedar buku. Moto UPTS: Memandaikan bangsa.
Satu lagi gosip terbaru yang sedang bertiup kencang dalam komuniti penerbit buku-buku berasaskan silabus adalah, sebuah syarikat penerbitan yang baru didaftarkan dan dikaitkan dengan nama Rashid Hussein kononnya akan diberi kontrak membekalkan kepada Kementerian Pelajaran semua buku teks bagi mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris, bagi tingkatan 1 sampai tingkatan 5.
Belum pernah dalam sejarah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelajaran ada sebuah penerbit yang diberi kontrak sebesar itu, apatah lagi penerbit ini belum pernah didengar namanya sehinggalah saat gosip ini mula tersebar.
Sumber gosip ini mengatakan ada campur tangan daripada pihak tertinggi supaya syarikat baru muncul itu diberi layanan istimewa itu.
Gosip ini menyebabkan penerbit-penerbit seperti Sasbadi, Pelangi, Cerdik, Fajar Bakti dan lain-lain resah gelisah. Mereka memang hidup dengan menerbitkan buku-buku kegunaan murid, dan setiap tahun masing-masing menerima kontrak buku teks.
“Bagaimanakah seorang tokoh bank tiba-tiba berminat dengan buku teks?” kata seorang penerbit.
“Sekarang mereka mahu buku teks sains, matematik dan bahasa Inggeris. Lepas itu apa lagi mereka mahu?” kata seorang pengurus syarikat penerbitan lain.